KUALA LUMPUR:
Rakyat Malaysia perlu mengambil serius terhadap pendedahan pakar
ekonomi bahawa semakin ramai rakyat negara ini akan bankrap ekoran kos
sara hidup meningkat.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop (gambar)
berkata, terdapat tiga item perbelanjaan besar yang ditanggung oleh
rakyat negara ini iaitu pinjaman perumahan, kenderaan dan kad kredit.
Dengan
itu, katanya sebahagian besar pendapatan individu tiap-tiap bulan
digunakan untuk membayar pinjaman tersebut menyebabkan sedikit sahaja
daripada pendapatan mereka digunakan untuk perbelanjaan harian yang
lain.
Keadaan ini ditambah pula dengan kadar inflasi dan kos sara
hidup meningkat, jelasnya ramai individu dan peminjam akan semakin
terhimpit membawa kepada ketidakmampuan mereka membayar hutang.
"Tidak
dinafikan akan bertambah ramai rakyat negara ini bankrap sekiranya
tidak ada tanda-tanda pendapatan mereka akan bertambah.
"Harga
barang meningkat khsusnya selepas penarikan subsidi minyak, gula dan
tarif eletrik, kos hidup rakyat meningkat ditambah pula komitmen
membayar hutang," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, jika
keberhutangan ini diukur dengan nisbah jumlah hutang dengan KDNK pada
masa ini iaitu 85% adalah situasi yang tinggi berbanding di kalangan
negara-negara Asean.
"Bermakna kita sama ada kerajaan, sektor
korporat atau individu bekerja yang berbelanja lebih besar daripada
pendapatan akan menyebabkan kita terpaksa berhutang," katanya.
Bahkan
katanya, bukan sahaja rakyat negara ini terjebak dengan situasi
keberhutangan yang tinggi, malangnya kerajaan dan sektor perniagaan
korporat pun turut sama.
"Nampaknya, negara kita dalam keadaan 'tidak menentu' kerana disebabkan fenomena berhutang ini," katanya.
Justeru
bagi mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini bankrap, Rosli mendesak
kerajaan agar subsidi gula dan petrol disemak semula dan membatalkan
pelaksanaan GST nanti.
Di samping itu, katanya Bank Negara pula
hendaklah mengenakan syarat ketat dalam penggunaan kad kredit bagi
mengelakkan rakyat terjebak dengan hutang dan kebankrapan.
Terkini,
Ketua Ekonomi Dr Yeah Kim Leng RAM Holdings mendedahkan bilangan rakyat
negara ini akan terus bankrup berikutan langkah rasionalisasi subsidi
kerajaan untuk menangani defisit bajet.
"Kami menjangkakan
bilangan tunggakan meningkat, terutama di kalangan pekerja muda dalam
sektor swasta yang mempunyai akses kepada kredit yang berlebihan melalui
kad kredit dan pinjaman peribadi , tetapi tidak mencukupibahawa ia akan
menjadi setara dengan gaya hidup mereka.
"Persoalannya ialah , dengan berapa banyak, dan itu adalah sebahagian yang membimbangkan," katanya dipetik .
Ketua
Pegawai Eksekutif Agensi Pengurusan Kredit dan Kaunseling (AKPK) Koid
Swee Lian berkata di Malaysia, hanya kira-kira separuh daripada pemegang
kad kredit membayar jumlah minimum yang diperlukan sebanyak 5% daripada
jumlah yang terhutang kepada bank setiap bulan, manakala di Jepun dan
Korea, ia adalah 89% dan 87 masing-masing.
No comments:
Post a Comment