Coretan pagi Isnin mengisahkan bagaimana haipokritnya pemimpin kita, untuk rakyat penoh dengan " kesederhanaan ", tambahan dengan cukai baru 2014 ini, sebut saja barang keperluan semuanya " naik " api, air, serta barang kepeluan yang lain. Tapi apakah mereka pemimpin sedar kerenah mereka pula contohnya seorang menteri mengadakan kenduri perkawinan anak perumpuannya dengan menyewa istana negara ( yg lama ) bernilai RM25k, banyak nya duit tu, sewaan hanya untuk 8 jam sahaja.
Rakyat - kamu harus bersederhana. berjimat cermat, tidak membazir.
Hendaklah
kita ingat- bila kita tentang seorang individu bukanlah peribadi individu itu
yang kita tentang- kita menentang perlakuan dan pertbuatan nya. bila menteri
mengadakan perkahwinan anak mereka atau meraikan harijadi mereka dengan
berbelanja ratusan ribu Ringgit malah jutaan Ringgit- perbuatan mereka yang
kita tentang.
Apa
boleh kita buat jika mereka ada banyak wang? Jangan kita iri hati. Orang Melayu
mesti bangga pemimpin mereka tidak papa kedana. Mereka simpan wang sebaik sahaja
tahu membaca dan mengenali apa itu wang. Demikian juga kita jangan merungut
bila anak DS Rosmah beli penthouse bernilai RM110 juta atau mendanai pembikinan
filem- bukankah dia anak yang baik belajar dari ibu nya supaya menabung sebaik
sahaja tahu membaca? Kamu orang kampong tidak mengajar anak2 kamu menabung apa
pasal?Kamu yang salah kerana tidak mempunyai wawasan untuk anak2 kamu.
Orang
Melayu kan suka pemimpin mereka kaya raya sebab biarlah mereka kaya- mereka
Melayu. Biarlah mereka masuk rumah kita, meniduri isteri dan anak perempuan
kita- bukankah mereka itu Melayu?
Bila
kita kutuk nasihat Najib supaya rakyat belanja berhemah, bukan peribadi Najib
yang kita tentang- tapi perbuatan hipokrit nya. kaum perempuan tetap sayangkan
Najib kerana bibirnya yang merah itu, dan orang2 seperti Shahidan Kassim tetap
akan mengucup tangan Najib sehingga berciut bunyi nya.
rakyat
disuruh belanja berhemah ketika bil air dan api Najib berjuta Ringgit. Kos
selenggara jet eksekutif kerajaan yang berjumlah 6 buah itu memakan belanja
yang banyak. Kos minyak kapal terbang RM14.9 juta dan kos maintenance dan
menyimpan jet2 VVIP itu ialah RM167 juta untuk tahun 2012. Bill letrik kediaman
PM sehari ialah RM813,000 untuk 2012. Bil air pula sebanyak RM852 sehari untuk
2012.
Menteri
dijabatan PM, Wahid Omar yang belum lagi menyelesaikan janji nya untuk
menjelaskan kes rasuah Alcatel dan Telekoms semasa dia jaga bidang itu
dahulu, berkata dia pergi ke pasar
setiap minggu dan tahu harga barang dan menasihatkan rakyat supaya belanja
berjimat cermat. Kita tidak benci mereka secara peribadi, tapi kita benci hipokrasi
nasihat mereka.
Semua
pemimpin2 ini mempunyai ciri kepimpinan yang sama- tidak ada keberanian moral.
Keberanian moral ialah untuk melakukan tindakan yang betul dan jujur bila
berdepan dengan pandangan popular, rasa malu, skendel dan seumpamanya. Bila
tidak ada keberanian, semua ciri2 murni yang lain tidak ada. Tidak ada prudence
umpamanya yakni kebolehan mengimbangi antara kepentingan peribadi dan
kepentingan orang ramai. Diri sendiri boleh lakukan perkara yang bertentangan
dengan nasihat yang diberi kepada rakyat. Diri boleh belanja sesuka hati
manakala rakyat disuruh ikat perut.
Kalau
nak berjimat- jangan naikkan kadar TOL dan jangan naikkan kadar letrik. Jangan
naikkan cukai. Tarik balik semua sabsidi. Naik kapal terbang komersial.
Kawinkan anak di kampong dan balairaya atau atas padang. Buat pulut kuning
untuk raikan harijadi.
Berhentilah
jadi hipokrit.
No comments:
Post a Comment