Rakyat Malaysia kini sedang di " ganggu " daya fikir mereka dengan sindrom menyokong apa sahaja yang dilontarkan oleh pemimpin. UMNO telah bejaya melahirkan " masyarakat " bergelar " pak sanggup " ini adalah kejayaan UMNO, sebab itu UMNO masih mampu berkuasa dengan kemenang dari pengundi - pengundi " bertaraf kampong " Kalau hari ini pemimpin kata 1 + 1 jawab 2 mereka terima dan ke esokan harinya pula pemimpin yang sama kata 1 + 1 jawab 4 juga mereka terima. Jika gulongan yang menentang kumpulan ini akan di soal siasat, kenapa menentang.
1- benarkah ada kalangan rakyat yang berminat untuk menggulingkan kerajaan?
2. Demo untuk DSAI dalam kes " dubur Saipul ", desakan ini cukup memalukan, akhirnya ternyata DSAI tidak bersaslah.
3. Kes Mat Sabu, di kaitkan dengan Perjuangan Mat Indra, juga akhirnya terkantoi, selain dari NGO bekas Tentera dan Pulis juga melibatkan diri.
4. Kini kes penglibatan Mat Sabu dengan Syiah. Cukup memalukan, pihak KDN, memaksa JAKIM untuk mendakwa Mat Sabu, dan ujud pula bukti kelas A, B dan C. akhirnya mendiamkan mendiamkan diri.
5. Kes BERSIH akhirnya terkantok juga
6. Kini kes TURUN.
Sebahagian dari mereka yang mengiringi kertas report,
mungkin mereka adalah wakil dari Ahli UMNO Pasir Salak
yang sempat untuk ke balai polis.
mungkin mereka adalah wakil dari Ahli UMNO Pasir Salak
yang sempat untuk ke balai polis.
Memang tidak dinafikan Pasir Salak telah melahirkan " pejuang " dan di akhiri dengan pembunuhan JWW Birch, Residen Pertama untuk Perak. Tapi perjungan Maharajela Lela jauh dan berbeza seperti Langit dan Bumi, perjuangan beliau tidak berakhir dengan " kebendaan " malahan nyawa dijadikan pertaruhankan.
Masa kini ramai " pengganti " kepada pejuang kemerdekaan dulu, tapi, amatlah malangnya di tengah-tengah golongan pejuang dan patriotik
itu, bukan sedikit jumlahnya yang jahil atau disebut juga bodoh. Bodoh
bukan kerana mereka bodoh, tetapi mereka secara sukarela telah
diperbodohkan oleh pemimpin yang mereka sanjung itu.
Seperti apa yang terjadi dengan Ahli UMNO Pasir Salak, apalah gunanya kita memiliki ramai pejuang, pendekar atau panglima
tetapi bodoh? Tidak langsung memberi makna kepada negara jauh sekali
kepada agama. Sebagai contoh, apakah yang di catatkan mereka dalam laoporan tersebut, atau apakah pihak PDRM memahami hakikat dan tindakan mereka? Mungkin PDRM juga " pening " memikirkan " buruk laku " ahli UMNO ini, mereka bukan bertindak dengan kebenaran tapi bertindak untuk kepentingan peribadi.
Tapi Rakyat juga merasa hairan kepada pihak PDRM, kenapa agaknya mereka juga seoah-olah sudah bertindak seperti " merestui " apa saja yang diperlakukan oleh UMNO, sedangkan sudah beberapa kali PDRM gagal dalam tindakan mereka. Atau apakah mereka juga gagal memahami undang-undang di Malaysia yang membenarkan perhimpunan aman tersebut. Perkara 10 ( 1 ) ( b ) jelas membenarkan perhimpunan tersebut. Di bawah di sertakan satu keputusan mahkamah kaitan dengan isu Bersih 2.0. Dengan keputusan tersebut tidak kah PDRM merasa malu.
Bersih 2.0 - Mahkamah Putuskan Kerajaan Bersalah Tangkap Naib Presiden PAS
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Ganti rugi itu adalah berhubung dengan kes saman yang difailkan oleh mereka selaku plantif terhadap tangkapan yang tidak sah ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di KL Sentral.
Sebelum itu Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa rayuan kerajaan Malaysia terhadap keputusan saman kedua-dua plantif adalah dibenarkan berhubung ganti rugi sahaja.
Kedua-dua plaintif telah berjaya dalam tindakan saman mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diputuskan ganti rugi sebanyak RM70,000 tiap seorang atas tangkapan salah dan tidak sah tersebut.
Kedua-dua plantif diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil Noor, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan Rasul.
Manakala Kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron.
Kita boleh lihat juga, dengan bagitu banyak kes yang di bolehkan tapi PDRM mendengar saja cakap orang politik akhirnya PDRM di malukan. Sepatutnya PDRM mengambil langkah mengikut apa yang di benarkan serta memberi kerjasama untuk keselamatan perhimpunan. Mereka bukan pejuang, mereka adalah cai-cai UMNO dan hanya tahu menyalak, kalau kita perhatikan apakah ada rasionalnya laporan polis tersebut dengan bukti-bukti perhimpunan tersebut bertujuan untuk menggulingkan kerajaan? Dengan itu memang sepatutnya puak-puak ini meroyan seperti orang gila dan mabuk todi. Mereka hanya memberi andaian sahaja.
Dengan tragedi bagini jelas puak-puak ini memang sentiasa memperlihatkan " kebodohan " mereka, malahan mereka langsung tidak memikirkan baik buruknya tindakan tersebut. Malahan yang menerima padahnya ialah PDRM itu sendiri. PDRM sepatunya menggunakan kuasa dan perlembagaan yang ada untuk menidakkan permohonan " report " tersebut. Tapi PDRM seolah-olah menerima arahan dari satu pihak untuk menerima sebanyak mungkin report dari seluruh negera agar mereka ( PDRM ) dapat mengambil tindakan.
No comments:
Post a Comment