Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang
Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat
daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.
Pembaca yang amat dikasihi;
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan,
dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah
dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama
saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini
tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih
dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan
kemurnian majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan
negatif.
Apabila saya bertemu dengan
pelajar-pelajarMalaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah
tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.
Penjelasan secara ‘face to face’ itu sangat
berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang
jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan
Perdana Menteri.
Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan
setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.
Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama ‘membunuh diri sendiri’.
Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu,
19 Oktober 2006
Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang
pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan
cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa
lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan
itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu
Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan
Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian
Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim
Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.Apabila saya difitnah dan media
menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak
tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah
itu.
Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta
Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada
di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh
Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan
majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah ‘regular customer’
kepada jewelry Jacob & Co.
Perkara ini telah diterangkan secara lebih
lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian
berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011
melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan
House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke
Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.
Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut
dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April
2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah
dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011
Ketiga: Berjoli di luar Negara
Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana
mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan
untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang
Malaysia lakukan.
Memang kebanyakan negara yang saya dekati
ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah
yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti
Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika
mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang
memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.
Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada
Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)
Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum
Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and
Creativity (Mawhiba).
Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap
wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang
sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima
di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah
sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran
yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat
rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara
mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun,
saya tidak minat berjoli.
Keempat: Pembaziran Projek Permata
Sejarah membuktikan bangsa yang tiada
pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan
akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana
pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus
bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.
Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.
Satu lagi masalah ialah sikap penyokong
politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan
dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja
kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.
Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.
Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.
Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah
Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga
mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang
menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya
memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan
wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.
Apabila saya ke negara tersebut, mereka
menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke
negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran
tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan.
Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan
sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.
Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah
tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi
kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak
orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa
kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan
saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas,
cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan
‘kaku’ dalam kotak simpanan.
Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap
apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya
tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah
memfitnah saya dengan perkara-perkarayang tidak masuk akal.
Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati
setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan
Keenam: Isu ‘First Lady’
Bagi saya gelaran First Lady tidak
menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita
Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana
Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang
menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama
dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk
mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.
Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai
ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana
Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana
Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.Bagi sesetengah
negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden,
maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.
Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita
Pertama bererti kita telah ‘downgrade’ status baginda. Kedudukan baginda
permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan
khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.Saya rasa dalam soal ini ramai yang
faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba
menjadikan ia sebagai isu.
Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri
kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau
dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah
tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah
memanjangkan jodoh antara kami.
Saya rasa pandangan salah ini muncul
disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik
tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya
menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana
saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama
seperti kuasa Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu
mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya
dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh
nak mempertahankan diri.
Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri
Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak
salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai
menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga
membenci perbuatan itu.
Pembaca yang amat dikasihi;
Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk
menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari
seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.
Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka
insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka
memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu,
bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.
Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor
Apa pula ulasan Mummyrokiah.
MR tidak pasti samada surat jawapan DS Rosmah Mansor yang berlegar-legar di laman web, portal dan media sosial benar-benar jawapan dari beliau atau dari mana-mana pegawai beliau atau dari mana-mana siber trooper beliau.
Jika benar itu jawapan beliau, ada sedikit kemusykilan pada para akhir surat tersebut yang berbunyi:
“Saya
serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya
sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri
yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda,
baginda beri pisang kepada orang itu”.
Kemusykilannya
ialah samada wujud atau tidak hadis dari Rasulullah SAW yang
meriwayatkan baginda memberi pisang kepada orang yang mengutuk baginda.
MR ada merujuk kepada seorang ulama terkenal di Pulau Pinang tentang kenyataan itu dan beliau menyatakan “it sounds funny”.
Jika hadis yang dibawa ini tidak ada nas dan riwayatnya maka ini bermakna hadis tersebut adalah hadis palsu. *(Sila rujuk kepada Ustaz Khazim Elias, Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Fathul Bari tentang hukum mengamalkan hadis palsu).
Apapun
mungkin akibat tekanan yang kuat setelah mendapat pujian yang hebat
dari suaminya dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu maka DS Rosmah
terpaksa menguatkan hujahnya dengan memperumpamakan kisah nya dengan
cerita nabi dan memetik pisang sebagai buah contoh kerana pisang sebagai
buah yang popular di zaman ini.
MR
harap blogger yang pertama akan mendapat hadiah pisang dari DS Rosmah
ialah blogger Kadir Jasin yang tidak habis-habis menghentam DS Rosmah.
Tetapi
biarlah pisang emas yang kuning memuncak dan jangan pula yang masak
ranum, lembik dan lebam kerana yang ranum hanyak layak diramas-ramas
dibuat cucur kodok @ jemput-jemput tanpa gula dan digoreng dalam kuali
yang memakan minyak yang banyak.
Melihat
perkembangan ideologi terkini yang sebenarnya semua pihak harus
berhati-hati memetik mana-mana hadis kerana silap haribulan akibat
memetik hadis yang tidak sahih atau ciptaan sendiri dibimbangi mereka
akan digolongkan sebagai puak Syiah atau Wahabbi.
Wassallam.
No comments:
Post a Comment