Tugas rakyat ialah untuk membina
negara ini menjadi negara yang bermutu rakyatnya, tinggi tahap ekonominya,
bersih dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan mengikut apa yang termaktub
dalam Perlembagaan yang tertulis sebelum kemerdekaan dahulu.
Kepimpinan sekarang tidak melalui
kesusahan seperti yang terdahulu dari Dr Mahathir memimpin. Mereka ini hanya
menjahanamkan apa yang telah terbentuk semasa Pra Dr Mahathir dahulu. Yang kita
nampak hanyalah pembangunan ‘material’ dan fisikal yang sangat mahal harganya.
Tidak nampak pembangunan ‘mental’ manusia, malahan mentaliti kita di Malaysia tidak
ubah seperti mentaliti manusia di Afrika sahaja.
Yang terbentuk pemimpin kita
hanya pemimpin yang bermentaliti ‘orang darat’ ber’glamour’ dan bersukaria
dengan membelanjakan wang rakyat secara ‘lavish’ seolah-olah wang itu dipetik
dari pokok disekeliling rumah mereka.. Tidak boleh nampak duit dan harta, air liur mereka akan
meleleh seperti anjing nampak tulang.
Pemimpin yang berkelakuan seperti
‘orang baru turun dari bukit’ ini selalunya akan berbelanja banyak. Mereka baru
mendapat peluang berbelanja. Mereka akan cuba untuk menaiki tangga sosial
tanpa had waimma dengan menggunakan wang rakyat yang banyak. Jika tidak
mempunyai kelayakan untuk menggunakan jet, mereka akan menggunakan kabinet untuk
meluluskannya. Yang penting, bagi mereka hidup ini sementara dan tidak lama,
‘kita balon cukup-cukup sementara kesempatan ada’.
‘Orang yang baru keluar dari
bukit’ ini jika diberikan kuasa dan pengaruh, mereka akan menggunakan
kesempatan untuk menunjuk-nunjuk kerana mereka ini selalunya banyak sangat
perkara yang hendak mereka tutupi. Mereka yang seperti ini, jika baru mendapat
kekayaan, mereka inginkan semua orang tahu mereka kaya dan berpengaruh dan
mereka selalunya amat suka diampu. Mereka akan melayan orang yang selalu
memberikan ‘amusement’ dari pengampu yang ada dikeliling yang ingin mendapatkan
keuntungan dari sifat mereka yang ‘ulu’ itu.
Tun Sharifah Rodziah, Tun Hajjah
Rahah, Tun Suhaila dan Tun Asmah merupakan isteri-isteri Perdana Menteri yang
disukai ramai kerana sifat kewanitaan mereka dan tahu untuk meletakkan diri
mereka kena pada tempatnya. Jika kita kaji dari latar belakang mereka yang saya
bariskan ini, mereka adalah dari keluarga yang elok cara didikan keluarga
mereka. Mereka ini sudah biasa dengan hidup dalam keluarga yang agak ‘aristokrat’
lama dahulu yang mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi.
Lahir sahaja mereka kedunia ini
mereka sudah berada ditahap ‘sosial’ yang tinggi dan tidak perlu melakukan
perkara pelik yang dibenci orang. Isteri-isteri atau wanita-wanita yang saya
sebutkan tadi tidak perlu menunjuk-nunjuk dan mereka tidak perlu hendak
memberitahu apa yang mereka ada. Wanita-wanita yang saya sebutkan ini, jika
mereka memakai pakaian yang murah pun akan nampak sebagai pakaian yang
mahal-mahal.
Itu sebabnya semasa mereka
menjadi wanita kepada Ketua Kerajaan tidak ada isu yang menjolok mata yang
mereka lakukan secara terbuka. Kehidupan mereka begitu ‘natural’ dan tidak
memerlukan orang dikeliling mereka untuk mengampu mereka dan tidak pula mereka
ini mempengaruhi kerajaan untuk meluluskan apa-apa kerana itu bukan bidang yang
mereka perlu terlibat. Mereka tidak mempengaruhi kabinet untuk meminta
penerbangan jet eksekutif kerana jika mereka lakukannya, belum tentu kabinet di
zaman itu akan meluluskan permohonan itu. Kabinet-kabinet dahulu mempunyai
pengaruh ke atas Perdana Menteri dan Perdana Menteri tidak mudah untuk
memikirkan melakukan kerja yang tidak baik itu.
Tetapi kabinet sekarang adalah ‘subservient’
kepada isteri Perdana Menteri kerana mereka tahu Perdana Menteri akan sentiasa
menyebelahi isterinya tanpa memikirkan baik buruknya.
Dalam negara menghadapi krisis
kewangan yang kronik sekarang ini, perbelanjaan yang ‘unnecessary’ untuk isteri
Perdana Menteri ini amat memeritkan jiwa untuk menerimanya. Najib sibuk
sekarang melakunkan watak ‘bersama rakyat’ sedangkan apa yang sebenarnya beliau
lakukan adalah sebaliknya.
Najib masih berbelanja dengan
boros dan beliau telah mengatakan yang kenaikan kadar tol dan tariff elektrik
tidak dapat dielakkan. Tetapi hakikatnya masalah kewangan yang kita hadapi
sekarang ialah kerana pengurusan kewangan yang tidak baik dengan keborosan yang
tidak ada hadnya.
Itulah sebabnya dalam posting
yang lepas saya secara terbuka meminta serta memohon agar Najib diberi petunjuk
dan akhirnya meletakkan jawatan dari jawatan yang beliau pegang sekarang ini
agar beliau hidup dalam ketenangan tanpa sumpah seranah rakyat.
Najib ini sebenarnya adalah
setaraf dengan pimpinan yang lain seperti Muhyidin, Zahid, Shafie Apdal, Anwar
Ibrahim, T Adnan dan semua yang telah dibariskan dalam Majlis Tertinggi UMNO
itu. Nama-nama ini wajar memberikan laluan kepada mereka yang lebih
berkemampuan dan berwibawa untuk membawa negara maju kedepan dengan lebih jauh
lagi.
Janganlah berpaut lagi kepada ‘kuasa
pinjaman’ itu. Rakyat terseksa dan jangan lupa, doa rakyat yang terhimpit
selalunya terkabul.
“PM Najib! Start in motion the
move for change now. You can kick start the move with your own resignation.”. - ASPAN ALIAS.
No comments:
Post a Comment