Visual : mStaronline |
FAM, SULTAN DAN KJ. "SITI NURHALIZA PLEASE SHUT UP".
Bola itu bulat. Kelantangan Khairy Jamaludin di dalam kenyataannya berhubung
dengan isu pembangunan bolasepak negara yang melibatkan badan bolasepak FAM
dilihat oleh Siti Nurhaliza sebagai kenyataan yang biadab dengan yang
lebih tua.
Lupakan Siti Nurhaliza penghibur yang semakin tua itu. KJ
selaku Menteri Sukan dikira berani menegur dengan tegas FAM badan sukan yang
dikira selama ini cukup kebal dan pantang diusik.
Entah mana datangnya Siti Nurhaliza pula campur tangan. Mungkin
sebagai orang Pahang yang mendapat datukship Pahang terpanggil membalas jasa
mempertahankan Sultannya yang juga Presiden FAM.
Apa
pun KJ tidak perlu khuatir dengan mana-mana Sultan untuk
menarik balik title datukshipnya kerana KJ belum lagi termakan budi
dengan anugerah datukship. Biar kekal dengan title En KJ, KJ senang
bersuara tanpa terikat.
Sesungguhnya barang diingat dibelakang KJ merupakan ratusan anak-anak muda yang rata-rata melihat beliau sebagai pemimpin muda yang ‘charismatic’, kacak dan bijak serta mampu menghayun gelombang pengaruh anak muda yang hebat.
Sesungguhnya barang diingat dibelakang KJ merupakan ratusan anak-anak muda yang rata-rata melihat beliau sebagai pemimpin muda yang ‘charismatic’, kacak dan bijak serta mampu menghayun gelombang pengaruh anak muda yang hebat.
Anak-anak
muda hari ini sudah bosan melihat terlalu banyak
politiking dan kesultanan di dalam sukan bolasepak kegemaran mereka.
Ketika mereka di Oxford dan Cambridge mereka
selalu menjulang kegemilangan liga perdana Inggeris, Eropah dan
Sepanyol. Tetapi sekembalinya ke negara tercinta mereka mutu sukan
bolasepak masih tercorot.
Semoga KJ akan terus lantang demi membangunkan
kegemilangan bolasepak negara setaraf English Premier League.
No comments:
Post a Comment