Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, November 7, 2013

PEMUDA UMNO - LEBIH SUDU KURANG KUAH


Kini jelas, PRU 14 bukan mudah untuk UMNO / BN menang, apatah lagi dengan kekalahan di PRK Dun Sungai Limau, jelas mereka sesama sendiri mempertikaikan kewibawaan masing-masing. Pemuda UMNO di jadikan bebanan kekalahan tersebut. Kalangan kepimpinan UMNO dan para bloger sendiri menceritakan keadaan sebenar.

Walaupun para pemimpin Umno cuba memperkecilkan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, 4 November lalu, lain halnya dengan beberapa blogger Umno. 

Paling teruk dikritik ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi PAS sebagai satu 'tamparan hebat' dan 'kemenangan moral buat BN'.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan wakil rakyat baharu Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat 'tidak boleh duduk selesa' kerana kejayaan BN menembusi kubu kuat PAS itu.Bagaimanapun pandangan Khairy disanggah blogger Umno, Alahai Si Luncai yang mahu Ahli Parlimen Rembau itu menarik balik kenyataan tersebut.

"Kalau menang dengan majoriti 1,084 undi dikatakan menerima tamparan hebat, yang kalah 1,084 undi dengan segala kekuatan maksima nak dikatakan apa?"Aku sekali lagi harap akan ada pihak buat pencerahan. Kita nak mengadap kerja besar PRU14. 

Kalau kita tak betulkan cara berfikir orang Umno, khasnya pemimpin kanan parti, aku bimbang kita pakat-pakat rasa seronok dengan 'kejayaan' di Sungai Limau," tulisanAlahai Si Luncai dipetik.

Seorang lagi blogger Umno yang berasal dari Kedah muncul dengan komen yang lebih pedas melalui entri "Ini perangai Pemuda Umno kalau hangpa nak tahu"."Bila majlis, merekalah ke depan, kat atas pentas dan sama VIP dan VVIP. 

"Bila pemilehan, mereka lah yang nak kuasai hampir semua jawatan - dari cawangan hingga ke atas Majlis Tertinggi dan pucuk kepimpinan?"Bila pilihanraya, mereka lah yang menguasai 80% senarai calun?

"Bila jawatan sebagai Menteri, Pengerusi Agensi dan GLC, Setiausaha-setiausaha dan pegawai khas Menteri dan lain-lain ... hampir semua jantan belaka!"Tapi bila berkempen dan meraih undi, berperang dengan kumpulan provokasi pembangkang, perempuan yang berhempas pulas. 

Kenapa?"Mana Pemuda Umno? Promote diri depan Menteri kah?"NKP (Naib Ketua Pemuda Umno) siap janji dalam meeting nak bawa 2 ribu pemuda... Tapi semua tu cekelat angin.."Kalau macam ni la SOP Pemuda, alamatnya lingkup BN PRU14... Gerak kerja pemuda Umno bawah KJ dan NKP fail..." tulis bloger tersebut.

Blogger The Unspinner pula menyifatkan Pemuda Umno gagal melaksanakan tugas pada PRK Dun Sungai Limau.

"Mereka hanya hooray hooray bila Khairy datang," tulisnya.Kegagalan jentera Umno membawa keluar 2000 'pengundi putih' (penyokong BN) juga dijadikan faktor kekalahan BN.

"Pengangkutan adalah tugas Bahagian (Umno), dan sedikit sebanyak Wanita (Umno) dengan Pemuda (Umno) memainkan peranan utama. Takkan perempuan ditugaskan bawa kereta dan motor untuk bawa orang keluar mengundi.

"Pasti ada nak kata jentera tempatan tak bermaya. Memang difahami mereka agak takut sebab akan dipulau masyarakat selepas PRK, tapi Pemuda (Umno) luar di mana?" soal The Unspinner. ~hrkh

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA