Sudah
lama dan beberapa kali rakan-rakan kedai kopi ingin MR membangkitkan
kekeciwaan mereka tentang surat-surat mereka yang dihantar ke pejabat
Najib Razak tidak mendapat layanan. Jangankan tindakan malah langsung
tidak ada respon atau jawapan.
Mereka
merungut ketika pentadbiran Tun M dahulu pentadbiran pejabat PM cukup
sensitif dengan surat-surat rakyat. Ada seorang hamba rakyat marhaen
menghantar surat menegur Tun Siti yang tidak bertudung Tun M sendiri
ketika itu menjawab surat beliau.
Berbeza
dengan hari ini. Pentadbiran Najib Razak dengan pendekatan lautan biru
atau Blue Ocean seharusnya lebih efficient dan perihatin dalam hal ini.
Hendaknya lagi kerajaan BN pimpinan beliau hari ini sedang berada di
ambang goyang seperti telur di hujung tanduk.
Mungkin
proses penerajangan surat-surat rakyat hari ini melalui liku-liku
proses yang panjang sebelum dibakul sampahkan. Mari kita lihat bagaimana
proses satu-satu surat itu dilayan.
Apabila
surat-surat dihantar ke pejabat PM kelazimannya penerima pertama ialah
kerani pejabat PM. Mereka akan membuka dan dibawa ke meja Ketua
Setiausaha Sulit Kanan (KSSK). KSSK akan salur untuk tindakan samada
kepada Pegawai Khas 1, Pegawai Khas 2, Pegawai Khas 3, Pegawai Khas 4,
Pegawai Khas 5 dan entah berapa banyak Pegawai Khas yang ada. Atau
ditujukan kepada mana-mana agensi yang terlibat jika bersangkut dengan
agensi itu.
Kelazimannya
surat-surat rakyat sekadar Pegawai Khas yang handle. Pegawai-Pegawai
Khas ini melihat dari perspektif mereka sendiri kalau surat itu
dirasakan menguris hati Najib baik mereka simpan dan bakar sahaja untuk
menjaga boss supaya sentiasa riang dan gemnbira.
Jika
surat itu menepati selera dan kehendak-kehendak mereka seperti ada
kepentingan sendiri atau kroni mereka baru tindakan akan dibuat.
Amalan
biasa surat-surat akan melalui satu tapisan yang ketat dan sendat.
Kalau boss anmgin nya bagus baru surat-ssurat ini dibawa ke meja boss.
Kalau tidak bagus disimpan dulu kekadang lupa terus dan akhirnya menjadi
pekasam. Proses ini adalah proses tipikal mereka-mereka yang
disekeliling boss.
Menurut
maklumat dalaman (spy yang mudah bolos) PM tidak mungkin dapat melayan
surat-surat ini kerana setiap hari hampir satu lori yang sampai dari
dalam negara dan luar negara. Bukan setakat surat kepada PM tetapi surat
kepada isteri PM pun hampir sama banyak. Malah yang belum buka pun
banyak lagi katanya.
Konklusinya
usahlah dibuang masa menghantar surat-surat kepada PM kalau ada hamba
rakyat yang tidak puas hati salurkan kepada media-media social atau
kepada blogger-blogger lantang seperti kadirjasin.blogspot.com yang lebih ikhlas memperjuangkan suara rakyat dari setiausaha-setiausaha di sekeliling pinggang PM.
dari meja - mummyrokiah
No comments:
Post a Comment