Seramai kira-kira 150,000 ahli Umno akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka pada
19 dan 22 Oktober ini untuk memilih barisan kepimpinan baik di
peringkat bahagian dan juga kebangsaan. Pemilihan kali ini seperti
biasa berlangsung dalam suasana hangat dan sejuk. Pemilihan peringkat
bahagian tidak menjadi perhatian umum sangat, sebaliknya pemilihan
untuk jawatan Naib Presiden dan ahli MKT serta ketua pemuda dan wanita
menjadi tumpuan
Mulai kelmarin semua calon sudah
dibenarkan berkempen. Umno menyediakan mekanisme tersendiri untuk
calon-calon berkempen. Bagaimana pun ada juga yang merasakan kaedah
atau mekanisme itu tidak begitu memuaskan dan adil. Ada beberapa calon
menyuarakan rasa kurang puas hati dengan peraturan yang dibenarkan.
Misalnya Mukhriz Mahathir merunggut meminta semua calon dibenarkan
berkempen secara bersendirian bukan, beramai-ramai seperti kini.
Matlamat Umno dengan mengubah kaedah pemilihan antara bertujuan untuk mengurangkan politik wang (rasuah) di dalam parti berkenaan. Itulah antara tujuannya di samping untuk menunjukkan Umno sebuah parti yang demokratik dan bersih. Tindakan itu diambil sebab rasuah di dalam Umno sudah menjadi 'air minum nasi makan' ia sudah membudaya dan menyerap sampai ke akar umbi. Rasuah bukan sahaja di peringkat tertinggi merebut jawatan presiden, timbalan, naib atau ahli MKT tetapi peringkat ketua bahagian hatta ketua cawangan juga.
Menyedari situasi itu kalau ia tidak dibendung akhirnya Umno akan musnah bukan kerana kekuatan lawannya tetapi sistem korup yang diamalkan.
Mungkin anda tidak percaya kalau dikatakan untuk jadi ketua cawangan Umno, anda memerlukan wang sekian banyak sekian banyak. Anda perlu merasuah ahli-ahli yang juga terdiri dari rakan-rakan anda sendiri yang setiap hari menghabiskan masa di kedai-kedai kopi. Atau anda kena memberi wang untuk mereka hadir ke mesyuarat, jika tidak anda akan kerugian undi. Memberi wang untuk jawatan sudah lumrah di dalam Umno. Pendidikan rasuah yang diajarkan di peringkat tertinggi berjaya diterap ke peringkat akar umbi.
Politik wang dalam Umno hari ini kian parah sebenarnya. Makin Umno berusaha membenteraskanya, ia makin menjadi. Nilai rasuah juga bertambah. Kalau dahulu perwakilan ke mesyuarat bahagian dibayar RM50 tetapi hari ini jumlah itu sudah mencecah RM100 hingga RM300. Saya terkejut apabila diberitahu seorang calon Puteri sehingga hari ini sudah membelanjakan wang untuk merebut jawatan itu sebanyak RM160,000. Masa untuk pemilihan masih ada seminggu lagi, anda boleh bayang sendiri berapa yang beliau kena belanjakan.
Akibat berlaku dan galaknya rausah maka mereka yang terang-terang tidak layak baik dari segi akademik maupun politik tetapi boleh bertanding sehingga ke jawatan MT, sebab kerana mereka memiliki wang. Mereka mempunyai modal mencukupi untuk dihulurkan kepada agen-agen perwakilan atau broker kempen. Seorang calon MT dia tidak dikenali bukan saja di negeri luar negerinya sendiri tidak rata, tetapi kerana kuasa wang dia berani untuk ikut dama bertanding. Inilah menunjukkan wang mengatasi segala keistimewaan yang dimiliki calon lain.
Justeru kerana demikian meluas dan parahnya rasuah di dalam Umno menyebabkan timbul persoalan apakah kriteria atau pun rukun-rukun yang dikenakan ahli Umno untuk membuat pilihan pemimpin mereka yang sebenarnya. Apakah mereka memilih wibawa seseorang itu, latar belakang atau berdasarkan kepada track rekod atau nilai wang rasuah yang sanggup dihulurkan?
Sebagai orang beriman dan ada agama, mereka akan meletakan kriteria yang ditetapkan agama sebagai syarat dan rukunnya. Itu sepatutnya. Seorang yang hendak dipilih itu haruslah seorang beriman dan bertakwa. Tetapi satu hakikat yang kena terima di dalam Umno atau di dalam politik susah untuk mencari orang yang bertaqwa. Sebab orang yang beriman dan bertakqwa tidak akan memilih politik sebagai wadah perjuangan sejak awal-awal lagi.
Jadi mereka akan melihat kepada asas-asas lain seperti berketrampilan, latar belakang pendidikan dan juga pencapaian dalam bidang dan tugas yang dipikul sebelum ini. Inilah asas yang perlu diutamakan. Tetapi apabila berlaku pembelian dan pembayaran menyebabkan asas-asas ini tidak akan dipandang lagi. Ertinya perwakilan akan memilih siapa yang banyak merasuahkan mereka.
Menyimpulkan fenomena dan hakikat itu dapat diterjemahkan mana-mana calon yang banyak memberi wang akan berjaya meraih jawatan yang dipertandingkan. Hari ini pemberian secara sulit dan penuh tektikal. Tegasnya yang jelas ia tidak boleh dinafikan, ianya berlaku. Makanya untuk melihat siapa yang banyak melakukan rasuah, membayar perwakilan lihatlah siapa yang akan menang di dalam pemilihan nanti?
Gejala dan budaya itu juga menyebabkan sesiapa yang miskin dan papa jangan bermimpi untuk menjadi pemimpin di dalam Umno walaupun mereka secerdik Hang Nadin ataupun sebijaksana seperti Tun Perak. Mereka selamanya akan menjadi pengikut. Kerana keadaan itu juga kalau mereka diterap oleh naluri untuk menjadi pemimpin mereka perlu mencari wang, mengumpul wang sebanyak mungkin untuk dijadikan modal dalam pemilihan.
Dalam barisan calon disemua peringkat hari ini anda boleh perhatikan siapa yang mewah dan loaded dengan wang dan siapa yang terkial-kial dan bertanding dengan air liur? Anda boleh perhatikan. Selepas ini tunggulah siapa menenangnya. Sudah pasti mereka yang menang yang mencurah wang yang banyak, berkedudukan dan ada kuasa seperti menteri, pengerusi GLC dan sebagainya. Nah... mereka itulah yang banyak mencurahkan wang. Jumlah undi yang diperolehi adalah nisbah kepada nilai ringgit yang mereka laburkan.
Masakan mereka tidak sayangkan wang? Itu tanggapan kita. Bagi mereka lain pula, wang itu bisa membeli jawatan dan kedudukan, kedudukan dan kuasa itu pula akan menjanakan wang buat mereka. Kalau mereka habis RM5 juta atau RM10 juta, mereka akan memperolehi wang modal itu berkali ganda dari itu.
Politik wang dan rasuah tidak akan berakhir dan tamat di dalam Umno sebab ia hidup bersama sel-sel darah dan mengecap dalam pembuluh darah. Orang Umno jangan menafikan ini sebab mereka menerimanya setiap hari dan sepanjang masa. Kerana kelaziman itu menyebabkan mereka tidak merasa berdosa, malahan ia adalah satu kebiasaan, seperti meminum air selepas makan.
Disebabkan amalan dan budaya ini jugalah ahli Umno sangat suka pada saat berlaku pemilihan parti. Pemilihan parti bagi mereka umpama musim banjir bagi anak-anak ikan disungai. Bila hujan dan banjir mereka akan keluar dari sungai, tasik, lopak dan kubang untuk bergerak ke mana sahaja mencari dedak, lumut, ulat dan bangkai. Mereka memakan semuanya hingga kekenyangan. Bagi perwakilan sebegini kelas mereka samalah dengan ikan buntal ataupun limbat yang membaham bangkai yang terdampar di tanah kering yang mereka berjampa tatkala musim hujan dan banjir.

http://msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment