Paparan ini bukan untuk melambankan kita ingin memperdulikan apa yang UMNO buat, sedang buat dan akan terus buat, tapi sekadar ingin memperlihatkan bagaimana parti yang memerintah kini memang sentiasa di lindungi oleh perbuatan dan tindakan yang amat mengecewakan, budaya tidak amanah, tidak jujur dan " kawan makan kawan " memang terus di amalkan, bukan sekadar antara parti lawan antara sesama sendiri pun UMNO sanggup dan terdaya untuk melakukannya.
KUALA LUMPUR: Dua calon yang bertanding masing-masing bagi jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Bahagian hari ini menghantar surat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) bagi menyuarakan tidak puas hati berhubung keputusan yang diumumkan pada Ahad.
Surat bantahan itu dihantar oleh wakil calon Naib Ketua Pemuda Umno
pusat Khairul Azwan Harun dan calon Ketua Wanita Bahagian Gopeng Datuk
Hamidah Osman.
Wakil calon yang juga pencadang Khairul Azwan, Mohamad Annuar Ariffin
berkata beliau menyerahkan surat bantahan itu kepada Pengerusi JPU Tan
Sri Tajol Rosli Ghazali kira-kira pukul 5 petang ini.
Katanya keputusan seri 73 undi yang diumumkan antara Khairul Azwan dan
seorang lagi calon, Jamawi Jaafar tidak relevan kerana mereka mendapati
undian yang diperoleh Khairul Azwan sebelum pengumuman dibuat adalah
lebih daripada jumlah itu.
"Atas sebab itulah kami menghantar surat bantahan ini kerana berdasarkan
kepada laporan 'War Room' Khairul, beliau mempunyai lebih daripada 73
undi berbanding yang diumumkan JPU, dan kami punya bukti berdasarkan
wakil calon di bahagian yang dimenanginya," katanya dalam sidang
media,Isnin.
Mohammad Annuar berkata mereka memohon JPU supaya meneliti surat yang
dikemukakan mereka dan tidak mengguna pakai keputusan seri yang
diumumkan pada Ahad.
Beliau berkata pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan seri yang akan membawa kepada pengiraan undi popular.
"Ia tidak adil kepada Khairul sekiranya kemenangan ditentukan
berdasarkanundi popular... Ini bukan soal yakin tidak yakin (undi
popular), ini adalah soalyang kami sudah ada majoriti," jelasnya.
Pada Ahad, Tajol Rosli berkata keputusan siapa Naib Ketua Pemuda Umno
pusatakan diumumkan selepas Aidiladha berdasarkan kiraan undi popular
berikutan duacalon teratas jawatan itu memperoleh undi seri,
masing-masing 73 undi daripada190 bahagian.
Sementara itu, Hamidah yang turut menghantar surat bantahan kepada JPU
hari ini berkata pihaknya mendapati wujudnya kertas undian lebih
daripada jumlah perwakilan yang hadir mengundi pada hari pengundian dua
hari lepas.
"Jumlah perwakilan bahagian yang hadir pada hari itu iaitu 315 orang,
namun selepas diumumkan keputusan didapati jumlah keseluruhan kertas
undian termasukundi rosak sebanyak 328 keping menyebabkan lebihan
sebanyak 13 undian," katanya.
Beliau juga mendakwa ketika pengiraan undi dibuat, peti undinya didapati
dibiarkan disimpan selama lima jam iaitu dua jam di bilik undi dan tiga
jam di pusat pengiraan tanpa ada wakil calon di dalam bilik itu.
"Kami dihalau keluar setelah peti undi itu diletakkan di kedua-dua bilik
berkenaan dan hanya ada pemerhati sahaja yang dibenarkan berada di
dalamnya.
"Ia tidak adil kerana sepatutnya ada wakil calon berada di dalam bilik,
oleh itu saya amat terkejut dengan keputusan kalah itu dan saya minta
JPU menyemak semula keputusan itu," katanya.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment