Bila "Bingal Bingal " Umno otak dibalut tempurung
kepala lutut... @NajibRazak
Kumpulan Bingal Umno
Undang Undang tentang DOs and DON'Ts orang berstatus MUFLIS
dah lama aku tahu dan aku rasa kebanyakan orang yang muflis pun dah
tahu.Sebab memang menjadi tanggung jawap kita yang berstatus muflis
mengetahui apakah HAK kita dan apakah yang BOLEH dan TIDAK BOLEH kita lakukan.Sebab itu ditubuhkan Jabatan Insolvensi (dulu Amanah Raya)
untuk mengurus kehidupan mereka yang berstatus muflis supaya mereka
boleh meneruskan kehidupan biasa mereka dalam perimeter Akta 360 Akta
Kebankrapan 1967.
Apa yang aku pertikaikan adalah cara Umno (Baca Rauf dan Jawatankuasa Pemilihan Umno 2013) yang begitu GHAIRAH mengumumkan tentang penolakan ramai calun dan perwakilan Umno 2013
disebabkan status muflis mereka secara terbuka dalam sidang
akhbar,seolah olah MUFLIS ini satu fenomena baru yang sebelum ini tidak
wujud dalam Umno.Sedangkan berpuluh puluh tahun sebelum ini ribuan "perwakilan muflis" telah mengundi melantik pemimpin Umno dalam pemilihan demi pemilihan yang lalu tanpa masaalah.Itulah andaian ramai "perwakilan reject"
kali ini yang sebelum ini tidak menghadapi apa apa masaalah berhubung
status mereka.Hanya ahli Umno muflis yang menawarkan diri untuk
bertanding jawatan di peringkat bahagian mahu pun pusat yang aku tak
faham apa yang ada dalam pemikiran mereka sedangkan undang undang
bankrupt amat jelas.Aku sendiri tahu status dan kelayakan aku dalam hal
ini,walaupun sebelum ini aku sengaja "test market" kononnya nak bertanding AJK Bahagian tapi borang pencalunan pun aku tak pergi ambil.
Aku faham Umno terpaksa melakukan perkara yang BETUL
kali ini memandangkan inilah kali pertama sistem pemilihan baru
diperkenalkan dan ianya menjadi perhatian umum bukan sahaja dikalangan
ahli Umno dan penyokong kerajaan tetapi menjadi perhatian utama pihak
pembangkang untuk mencari kesalahan dan kesilapan dimana mana yang
mungkin.Atas sebab itu aku faham jika Umno bersikap terlalu berhati hati
terutamanya bila melibatkan STATUS MUFLIS perwakilan dan
calun kali ini agar tidak melanggar apa apa peraturan yang wujud
berkaitan Pendaftar Pertubuhan dan akta dibawahnya.Itu aku faham dan
harap mereka yang terlibat juga turut cuba memahami...
Yang aku tak boleh faham....
Kenapa mesti di JOM HEBUHKAN perkara
ini dalam sidang media seolah olah ianya sesuatu yang
membanggakan.Tenguk saja reaksi dan lagak bangga si Rauf semasa
mengumumkan apa apa kenyataan resmi Jawatankuasa Pemilihan Umno sebelum
ini.Tiada sekelumit rasa kesedaran dihati ke apa yang kau lakukan itu
merosakan "imej " Umno tanpa sedar?
Kenapa disaat saat akhir semua ini harus timbul dan mencetuskan polimik
yang mendatangkan kemarahan ramai ahli Umno yang terlibat?
Apa yang Penerangan Umno buat selama ini?
Korang ada masa 4 tahun untuk melakukan kerja kerja menerangkan hal ini
sejak perlembagaan berhubung pemilihan kali ini dipinda pada tahun
2009.Empat tahun aku rasa cukup untuk semua ahli Umno yang berstatus
muflis faham akan sejauh mana mereka boleh melibatkan diri mereka dalam
politik Umno diperingkat cawangan,bahagian,negeri dan pusat kalau korang
buat kerja dengan betul dan amanah.Empat tahun sudah cukup masa untuk
Umno Malaysia mengeluarkan SENARAI MUFLIS setiap
ahli Umno dalam setiap cawangan untuk diedarkan kepada cawangan masing
masing agar kita tidak perlu melalui kemelut yang kita sedang hadapi
ketika ini.
Apa susah sangat ke korang nak buat kerja macam itu?
Kenapa tunggu saat saat akhir macam yang korang buat sekarang ini dan akhirnya MEMALUKAN Umno sendiri dengan terpaksa membuat kenyataan kenyataan akhbar yang bodoh yang akhirnya membuatkan ahli yang terlibat jauh hati dan meminggirkan Umno.
Mungkin korang ingat ini perkara remeh yang tidak perlu dirisaukan,tapi aku nak buat sikit matematik bodoh untuk korang lihat apa kemungkinan yang boleh berlaku....
Dari 146,500 perwakilan/calun seramai 1,700 orang didapati berstatus muflis.Jadi kita ambil rata untuk setiap 100,000 ahli Umno akan ada 1,500 orang muflis...kita kalikan 1,500 X 34 untuk 3.4 juta ahli Umno seluruh negara.
Kita akan dapat angka lebihkurang 51,000 ahli Umno yang muflis seluruh negara.
Katakan angka 51,000 ini berkecil hati dan merasakan
keberadaan mereka didalam Umno tidak membawa apa apa erti kecuali
memenuhi statistik ahli saja dan mula bersikap meminggirkan...?
Ini belum diambil kira lagi berapa ramai ahli keluarga setiap seorang dari 51,000 yang aku anggarkan diatas.Cuba Rauf & The Gang buat congak bodoh...tenguk apa kesannya kepada Umno?
Sebab itu aku marah....
Aku marah bukan sebab aku digugurkan kelayakan menjadi perwakilan.Tapi aku marah kerana BINGAL BINGAL UMNO macam Rauf & The Gang buat kerja tak pakal akal !!!!
Ini salah satu contoh yang sedang didebatkan di FB sekarang ini
hasil pemikiran dan tindakan Rauf & The Gang.
Kita tunggu malam ini dan hari hari seterusnya...
No comments:
Post a Comment