Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 5, 2013

MENTERI MALASIA - LOW CLASS

Rakyat Malaysia kini sedang dalam proses di perbodohkan oleh pemimpin, memang benarlah kepimpinan dalam UMNO terdiri dari mereka yang bodoh dan dapat serta berjaya memperbodohkan ahli dan rakyatnya. Kata pepatah " Si bodoh makanan si cerdik ". Kalau baginilah keadaannya, jelas dasar dan sistem pendidikan negara gagal untuk melahirkan rakyat yang berfikiran kritis dan kriatif. Dengan dasar yang berubah dari satu dasar ke satu dasar rupanya rakyat dilahirkan semuanya boleh di tipu dan di makan oleh pemimpin.


Antara kenyataan menteri dari UMNO

Kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa menteri dan pemimpin kerajaan ( lihat di atas ) kebalakangan ini benar-benar meresahkan rakyat. Ia bukan saja menimbulkan kesangsian tentang kecerdikan, kewibawaan dan tahap intelektual mereka yang diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab itu tetapi seolah-olah semuanya sedang sepakat untuk meletakkan segala kesalahan dan beban kehidupan kepada rakyat.

Kadangkala pula, selain semua kesalahan cuba dilonggokkan kepada rakyat, pemimpin juga cuba memperbodohkan rakyat dengan memaksa menerima hujah separuh masak yang mereka lontarkan itu.


Kesan yang paling nyata bilamana PM ( gambar ) mengumumkan kenaikan atau pun pengurang sumbangan subsidi minyak kepada rakyat dari harga RM1.90 untuk Ron 95 kini sudah di naikan ke RM2.10. tapi kata pemimpin minyak tak naik cuma subsidi kerajaan terhadap RON95 yang diturunkan. Rakyat marah, rakyat mengeloh tapi kelohan itu di " tipu " oleh mereka dengan cukup mudah sekali. Dalam isu kenaikan harga minyak, selain kerajaan berhujah bahawa subsidi yang dikurangkan itu akan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya,


Menteri Ahmad Maslan ( gambar ) juga mengesahkan kenaikan harga ini juga ada kaitan dengan usaha kerajaan untuk membantu kalangan rakyat yang miskin. berkata, kerajaan sebenarnya tidak menaikkan harga minyak tetapi hanya mengurangkan subsidinya sahaja. Sudah tentu ianya ada kaitan dengan BRIM. Apakah benar kenyataan ini? Di Parlimen beliau mengelarkan kenyataan " kerajaan sebenarnya tidak menaikkan harga minyak tetapi hanya mengurangkan subsidinya saja " Ahli parlimen pun sanggup di perbodohkan oleh beliau.



Kesan yang paling NYATA dengan penurunan subsidi harga minyak RON95 ialah barang keperluan harian sudah tentu akan di naikan oleh pihak peniaga. Di sini juga ada kalangan pemimpin yang memberikan respon yang cukup menyediha, mereka menganggap rakyat bagitu " tengin " sekali.

Pemimpin terus memperbodohkan rakyat. Apa yang kerajaan buat perlu diterima, jangan di bangkang, jangan di lawan, kemudian sampai masanya bila " undi " rakyat diperlukan, rakyat di sogok kembali. Inilah budaya yang di semai dan di tuai oleh UMNO
Datuk Dr.S.Subramaniam.jpg

Subsidi gula akan diturunkan - perlukah ianya dikaitkan 
dengan " kencing manis "

Semalam Menteri Kesihatan, S Subramaniam ( gambar ) pula berkata, oleh kerana jumlah pengidap kencing manis di kalangan rakyat adalah tinggi dan untuk mengurangkannya, maka harga pasaran gula akan dinaikkan. Rakayt terkejut " berok " dengan kenyataan ini.


Dengan Hassan Malek ( gambar ) membuat permintaan sebegini dan sebelum ini meminta rakyat mengalih kepada makan ikan dan daging berikutan kenaikan harga ayam sedangkan sebenarnya harga ikan dan daging jauh lebih mahal, ada yang bertanya, "dari gua mana datangnya menteri yang dipilih Najib ini?"

Isu lalu lintas juga meminta pengguna jalanraya memberi laluan kepada kenderaan VIP ketika kesesakan lalulintas atas alasan bahawa mereka itu mempunyai tugas penting yang menunggunya, selain dakwanya, sikap itu juga merupakan budaya rakyat negara ini yang seharusnya sentiasa diamalkan.

Kenapa tiba-tiba sekarang seorang menteri meminta rakyat memberi penghormatan dan laluan kepada golongan VIP sedangkan rakyat yang sedang terperangkap dalam kesesakan juga sudah cukup sengsara deritanya? Bukankah lebih baik dan disanjung tinggi jika golongan VIP juga sanggup bersama-samad dengan rakyat biasa mengharungi kesesakan jalanraya tanpa sebarang keistimewaan?

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.jpg

Apa yang berlaku masa kini sudah di takdirkan kata ulama diatas.


Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin ( gambar ) turut menyindir dalam Twitternya dengan menulis, "kalau naikkan harga gula dapat kurangkan diabetes, apakah naikkan harga kereta dan minyak boleh kurangkan accident?"

Resah kegilasan rakyat menjadi mainan kepada menteri walau rata-rata mereka mengejek dan memperlekeh kecerdikan serta tahap pemikiran menteri tersebut tapi mereka buat tak peduli sahaja seperti kata pepatah " masuk telingan kanan keluar telingan kiri " Yang sedihnya alim ulama juga menggunakan agama untuk mempertahankan tindak tanduk pemimpin.

Dan jika diimbas serta dihitung beberapa kenyataan menteri-menteri seperti paparan diatas, kita sebenarnya memang harus berasa gusar dengan kualiti mereka yang dipilih dan diamanahkan tanggungjawab itu. Mereka seolah-olah bercakap tanpa ada perasaan dan meluahkan sesuatu perkara itu ikut sedap mulut saja.

Rakyat seolah-olah tidak boleh mengeluh, merungut atau meluahkan perasaan lagi, sebalik diminta redha dan menerima saja apa yang dilakukan oleh pemimpin dengan seadanya.Rakyat seperti disusahkan dahulu sebelum bantuan yang dijanjikan itu tiba.

Jika sebelum pilihanraya dulu, kejadian sebegini tidak berlaku tetapi kini ianya seakan menjadi-jadi. Satu demi satu kesalahan rakyat cuba dicari dan diselesaikan dengan meletakkan bebannya kepada rakyat juga.

Agaknya selepas menang pilihanraya memang resamnya begitu. Ketika hampir pilihanraya semula nanti, pelbagai janji dan harapan ditaburkan lagi untuk menutup semua kelemahan itu. Begitulah agaknya dan kita akan terus dihadapkan dengan perlakuan menteri-menteri yang menjengkelkan ini sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA