KUALA LUMPUR:
Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tewas. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz
Mahathir tewas meskipun ibunya terpaksa memberikan wawancara yang amat
jarang untuk berkempen untuk anaknya.
Ini menyebabkan Mahathir marah walaupun beliau berkata sudah menjangkakan kekalahan Mukhriz.
Tapi itu
tidak menyebabkan Mahathir menjadi lebih marah. Yang bakal membuat
Mahathir 'meletup' adalah hakikat bahawa anaknya kini ketinggalan
berbanding Khairy Jamaluddin, orang yang paling tidak disukainya dalam
Umno.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengawal kemarahan ini.
Kemarahan Mahathir perlu dikawal daripada 'meletup'.
Pertama mereka kena yakinkan beliau bahawa tiada arahan spesifik kepada perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga Naib Presiden.
Najib menafikan bahawa beliau ada campurtangan. Beliau juga menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan.
"Tak
ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan?
Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua
peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap
perwakilan," tegasnya.
Muhyiddin
turut sama-sama menyatakan bahawa menafikan keputusan pemilihan di
Bahagian Pagoh sebagai isyarat kepada bahagian-bahagian lain untuk
mengekalkan tiga penyandang Naib Presiden Umno.
Perlu
nafi supaya Mahathir tak 'meletup'. Jika Mahathir 'meletup' dan bertekad
untuk membalas malu yang terpalit pada anaknya, Najib dan Muhyiddin
akan mengalami mimpi ngeri sebagaimana Tun Abdullah Badawi dulu.
Betul telahan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pemilihan Umno kali ini adalah perang proksi.
Tapi ramai yang tersilap pandang, berkata ini perang Najib-Mahathir. Yang menang ialah orang Pak Lah.
Masa depan Umno kini dilihat jatuh di tangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy.
Mukhriz nak duduk di mana?
Mahathir tak sangka tewas pada Pak Lah yang mendiamkan diri. Ini bakal menyebabkannya bertambah marah.
Apakah masa depan Mukhriz dengan Khairy di depan? Ini kali kedua Khairy mengatasi Mukhriz di dalam Umno.
Pertembungan mereka bermula sejak 2009 yang lalu, Mukhriz yang tewas.
Walaupun Mukhriz kini menjadi Menteri Besar Kedah, Khairy tetap menang.
Untuk mengubati hati Mahathir, diyakini Mukhriz akan dilantik menjadi ahli MT.
Tapi apakah ia cukup untuk mengubati hati Mahathir yang terluka.
Di PRK
Sg Limau, apakah pro-Khairy akan membantu Mukhriz? Kemenangan Mukhriz di
sana bakal menaikkan Mukhriz semula. Kejatuhan Mukhriz di Sg Limau akan
memalapkan kareer politiknya.
Era baru
Umno bermula dengan Mukhriz dan Khairy bertarung untuk dekad-dekad akan
datang jika Umno tak tumbang di medan pilihan raya.
Apa pula Mahathir akan lakukan untuk tahun-tahun akhir hidup beliau untuk ‘mengubah’ Umno?
Walaupun
ditegur, ditulis sinis dan dimarah beliau, Umno tetap tidak mahu
berubah sehingga terkorban anaknya di medan pertandingan.
Najib dan Muhyiddin tidak akan senang duduk tiga tahun ini sebab tiada siapa yang tahu apa yang Mahathir bakal lakukan.
Mereka tahu jika Mahathir tekad ingin lakukan sesuatu, tiada siapa yang boleh menghalangnya.
No comments:
Post a Comment