Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, October 30, 2013

GULA NAIK - KERANA PENGIMPOTAN YANG MAHAL

Agak pelik kali ini dan ramai juga yang tertanya-tanya mengapa dalam hal menaikkan harga gula Perdana Menteri dan juga lain-lain Menteri langsung tidak membandingkan harga yang dinaikkan itu dengan harga-harga di luar negara..

Biasanya mereka akan menggunakan alasan standard mereka iaitu 'Harga barangan tersebut adalah jauh lebih murah dari harga dinegara luar'.. tetapi tidak dalam hal gula ini..

Semua mereka memberikan alasan dengan mengaitkannya dengan faktor kesihatan hingga menyebabkan Perdana Menteri sendiri kelihatan seperti penjual ubat seks dipasar malam..

Mereka sepatutnya boleh menggunakan alasan standard mereka dalam hal ini kerana ianya adalah satu fakta bahawa selain Thailand kebanyakkan negara di Asean menjual gula pada harga yang lebih tinggi dari apa yang terjual di Malaysia iaitu RM2.84 setiap kilogram.

Di negara Thailand setiap Kilogram dijual pada harga RM2.39, di Cambodia RM3.04, Myanmar juga RM3.04, Vietnam RM2.88 setiap Kilo, Indonesia RM3.44, Singapore RM4.08 dan Philippines ialah RM4.17 bagi setiap Kilo.

The Nation
Jika alasan itu digunakan sudah pasti mereka tidak ditertawakan oleh rakyat kebanyakkan..

Bagaimanapun sebab sebenar gula dinaikkan sebanyak 34 sen terdedah jua... kerajaan sebenarnya telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi..

Jadi sekali lagi kerana kesilapan mereka rakyat terpaksa menanggung beban akibat kesilapan mereka itu.. Adilkah?

Laporan berkaitan...

Kerajaan beli gula mahal punca subsidi dipotong, kata DAP  
Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP. 
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42. 
“Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran. 
“Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi. 
“Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu. 
Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia. 
“Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata 'biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak' kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia. 
“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula. 
“Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. 
“Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan,” katanya ~ The Malaysian Insider

1 comment:

  1. Harga gula naik turun kerana dia komoditi yang di dagangkan dan sensitif mengikut supply and demand. Ia didagangkan mengikut harga pasaran hadapan (hedging). Malaysia membeli gula mentah secara kontrak. Kita nampak Malaysia beli mahal, masa harga komoditi gula turun saja, tapi masa harga komoditi gula naik disebabkan pengeluaran terjejas kerana cuaca atau faktor lain, pemegang kontrak kena bekalkan juga walaupun dia rugi. Sila fahami harga komoditi dan harga pasaran. Jangan cut and paste saja Bro. Be fair laaa.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA