Kini bajet selepas PRU13 di bentangkan, Pembentangan Belanjawan 2014 dilakukan sendiri oleh Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. Sudah pasti bajet kali ini di tunggu-tunggu kerana ianya adalah satu implimasti dari kemenangan BN dengan " BN MENANG RAKYAT SENANG " Ramai yang ingin mendengar sendiri apa yang akan di umumkan oleh PM, persoalan bebanan atau sebaliknya akan terjawab di pembentangan itu nanti.
Lebih-lebih
lagi, pembentangan belanjawan kali ini dilakukan selepas BN menang
tipis dalam pilihanraya Mei lalu yang turut dipenuhi dengan janji-janji
manis yang ditaburkan kepada rakyat. Dengan kemenangan terus
diperolehi dan sokongan orang Melayu luar bandar juga terus kekal
bersama BN, belanjawan kali ini adalah saksi sama ada janji benar-benar
ditepati atau sekadar janji dicapati. Dalam kata lain, jika
belanjawan tahun lepas adalah untuk memenangi pilihanraya, belanjawan
tahun ini pastinya untuk menunaikan semua janji-janji itu pula.
Meringankan bebanan rakyat, BRIM dari RM500 akan di lonjakkan ke RM1200, menangani kos sara hidup, perumahan untuk rakyat,
meningkatkan taraf hidup rakyat di bandar dan luar bandar, penjagaan
kesihatan, pengangkutan, peluang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya,
semuanya menjadi santapan yang melekakan telinga rakyat yang
diulang-ulang sepanjang kempen pilihanraya itu. BN TERUS BERJANJI DI KEMPEN PRU 13.
Satelah bajet di bentang apa yang sudah pasti ianya mendaptan sokongan dari menteri, semua menteri yang di temui memuji ini adalah bajet terbaik, ianya menunaikan janji yang di janjikan, janji di tetapi, rakyat di utamakan. Tapi secara tidak sedar secara halus hanyak dapat di baui oleh pihak pembangkang, pembangkang berhujjan dengan sebaliknya.
Apa ruginya kaum belia,
kaum ini adalah memonopoli jumlah penduduk negera.
1)
Kadar pengangguran anak muda yang tinggi pada 10.3% dan penganggur
yang paling ramai adalah daripada golongan berumur 20-24 tahun pada 40%
daripada jumlah penganggur.
2) Kadar underemployment yang serius pada
15.1%; termasuk gaji rendah, 82.5% anak muda berumur 30 ke bawah
mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
3) Kadar brain drain yang tinggi, 2 dalam 10 orang siswazah berhijrah ke negara-negara OECD dan Singapura.
Anak muda dengan GST
Bukan sahaja Bajet 2014 tiada strategi khusus untuk menanangi tri-lema
anak muda, malah anak muda bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga dan
kemudian terhantuk kepala.
Pertama, dengan pengenalan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% maka, anak mudalah yang
akan terbeban dengan teruk kerana mereka merupakan golongan sasaran
budaya konsumerisme.
Kedua, 82.5% anak muda bergaji RM3000 ke
bawah, mereka tidak perlu membayar cukai pendapatan sebelum ini.
Justeru, pengumuman perluasan kurungan cukai di mana mereka yang
bergaji RM4000 sebulan tidak perlu lagi membayar cukai langsung tidak
membawa apa-apa manfaat baru kepada majoriti anak muda.
Ketiga, melalui GST, majoriti anak muda yang dahulunya tidak perlu
membayar cukai pendapatan kini dijangka terpaksa membayar cukai baru
sekurang-kurangnya RM660 (andaian bergaji lebih kurang RM2500 sebulan)
dan mungkin mencecah RM1000 setahun. Pembayaran BR1M walaupun
ditingkatkan hanyalah bagai masuk poket kanan, keluar poket kiri dan
dijangka yang keluar akan lebih daripada yang masuk.
Keempat,
pemansuhan subsidi gula bermakna anak muda yang sudah jatuh akibat
trilema di atas, kini ditimpa tangga GST dan kemudian kepala pula
terhantuk kenaikan harga makanan dan minuman.
Kelima, bagi anak
muda Sabah dan Sarawak, perlaksanaan GST, pemansuhan subsidi dan
ditambah dengan dasar sabotaj bermakna bukan sahaja harga barangan akan
naik lebih tinggi berbanding di Semanjung, malah kos pengangkutan
termasuk kapal terbang akan meningkat. Ini merupakan beban baru kepada
penduduk Sabah dan Sarawak yang rata-rata bergantung kepada
perkhidmatan kapal terbang untuk aktiviti sosioekonomi.
Ke enam, anak muda adalah peminjam teramai, hampir 47% gulungan ini menghadapi masalah hutang yang kritikal dan mereka perlu membelanjakan pendapatan sejumlah 30% untuk melunaskan hutan-hutang pinjamana.
Kesimpulan apa yang di janjikan yang ditaburkan dalam manisfesto oleh BN / UMNO semasa kempen PRU13 dengan apa yang dibentangkah ianya jauh lari, banyak janji-janji tidak ditepati, sebaliknya bukan itu sahaja rakyat terus di bebankan.Janji untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelas
tidak ditunaikan apabila rakyat kini bakal dibebankan dengan cukai GST
sebanyak 6% berkuatkuasa 2015. Subsidi gula sebanyak 34 sen setiap kilo
akan dimansuhkan mulai hari ini yang menyebabkan harganya naik
daripada RM2.50 sen kepada RM2.84 sen sekilogram.
Siapa yang akan menikmati keuntungan dengan kenaikan harga gula? Syed Mokthar Albukhary, siapa pula Syed Mokthar Albukahary ...... cari jawapan sendiri.
Apabila di tanya, kenapa perlu di naikan harga gula? Najib juga sudah terikut-ikut dengan gaya menteri-menteri latikan beliau dengan memberikan jawaban seperti kanak-kanak darjah 1. Menteri Latikan Najib menggunakan logo " Cap Ayam " tapi malang seribu kali malang apabila Najib juga memberi jawapan sedemikian rupa. Apakah Najib hanya mengesahkan " kencing manis " hanya dengan gula sahaja sabagai agennya, selain gula beras / nasi dan
gaya hidup yang tidak aktif juga turut menyumbang kepada penyakit
kencing manis.
Lihat pada janji-janji untuk BRIM 2014, dari RM500 ke RM1200, sampai sahaja ke pembentangann peruntukan cuma RM650 sahaja, ini yang membuatkan ramai kalangan pengundi merasa tertipu oleh kerajaan. Kenaikan cuma RM150 apakah ianya berpatutan dengan kenaikan harga gula dari RM2.50 kini ke RM2.80 dengan di iringi oleh minyak yang di tarik balik subsidinya kini sudah pun RM2.10 seliter.
Banyak lagi sebenarnya janji yang ditaburkan semasa kempen pilihan
raya lalu yang tidak ditunaikan atau disebut dalam bajet Najib ini.
Janji menaikkan baucer buku tidak ditunaikan, kenaikan BR1M untuk orang
bujang tidak sebagaimana yang dijanjikan, penurunan harga kereta tidak
disebut, begitu juga dengan perumahan dan aspek penjagaan kesihatan. Caupecs juga merasa hampa hanya dengan RM minima setengah bulan gaji sedangkan dalam tuntutan ialah 2 bulan gaji.
Kegagalan
Najib menunaikan banyak janji-janjinya dalam bajet ini menyebabkan
ramai yang kecewa dan rasa menyesal kerana memberi undi kepada BN dalam
pilihan raya lalu. Bukan saja kerana banyak janji yang tidak ditepati
tetapi juga sumbangan mereka seolah-olah tidak dihargai.
Dalam hal ini, benarlah
kata Anwar bahawa bajet kali ini lebih mahu menghukum rakyat,
berbanding mensejahterakan mereka. Walaupun ada beberapa pengurangan
cukai, kebanyakannya hanya yang melibatkan golongan kaya manakala
rakyat biasa bakal berhadapan dengan pelbagai jenis cukai dan kenaikan
harga barang.
No comments:
Post a Comment