Isu pengeluaran kad pengenalan
kepada pendatang haram sebenarnya bermula ketika zaman pemerintahan
Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, kata ketua pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai
pendatang haram di Sabah, hari ini.
“Antara 1972
hingga 1984, ada kebanjiran kemasukan pelarian ke Malaysia dari selatan
Filipina. Pelarian ini mahu bebas daripada pergaduhan di sana pada masa
itu jadi mereka lari ke Sabah,” katanya dalam nada tenang dan
berhati-hati.
Beliau berkata, isu permasalahan
kad pengenalan timbul antara 1979 dan 1999 dan kesalahan patut
diletakkan kepada pasukan kerja khas dibentuk oleh Majlis Keselamatan
Negara. Anwar mendakwa, pasukan itu yang masih lagi aktif hingga
sekarang bertanggungjawab terhadap pengeluaran kad pengenalan kepada
pendatang asing walaupun mereka tidak berkelayakan.
Anwar berkata, ketika
pemerintahan bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana
menteri itu merahsiakan isu keselamatan negara. Anwar berkata, Dr
Mahathir yang juga adalah Menteri Dalam Negeri pada masa itu dan
pengeluaran kad pengenalan berada bawah pengawasannya.
“Ya, saya tahu pasukan khas itu
tetapi saya tidak ada pengetahuan khusus terhadap kerja dan apa
sebenarnya tugas mereka. Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab
dan jika dia memilih untuk tidak membangkitkan isu itu ketika mesyuarat
Kabinet, anda perlu tertanya-tanya mengapa,” katanya membiarkan soalan
itu tidak berjawab.
“Percaya atau tidak, ada ahli
dalam pentadbiran, malah di kalangan Umno sendiri tidak tahu apa yang
berlaku. Tidak ada dokumen Kabinet mengenai isu itu atau ia dibawa ke
dalam mesyuarat, anda boleh periksa minit jika tidak percaya kepada
saya.
“Jika saya ada menghadiri
mesyuarat berkaitan pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang haram,
saya amat pasti ia tentunya dicatat dalam minit. Saya tidak bercakap
mengenai pasukan khas biasa, saya merujuk kepada pasukan khas yang
tugasnya kurang telus,” katanya di hadapan lima panel RCI yang diketuai
bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Anwar mendakwa, pasukan khas itu
yag beroperasi dan membabitkan kedua-dua bekas dan perdana menteri
sekarang yang ada pengetahuan mengenai kewujudan dan aktiviti seumpama
itu.
Katanya, Tun Abdullah Ahmad
Badawi dan Datuk Seri Najib Razak ada lebih banyak maklumat mengenai
pasukan petugas yang ditubuhkan pada 1989 itu.
“Pasukan itu yang ditubuhkan
Majlis Keselamatan Negara, yang dikenali sebagai badan strategi yang
amat penting. Apa yang sesetengah orang tidak tahu ialah majlis itu
turut berkhidmat sebagai `war room’ Umno dari masa ke masa,” katanya.
Pegawai perunding RCI, Majoi
Kurup bertanya kepada Anwar apa penyelesaiannya untuk menangani
pendatang haram yang memegang kad pengenalan bermasalah, seperti
didedahkan Jabatan Pendaftaran Negara minggu lalu iaitu kira-kira
113,000 diklasifikasikan sebagai kad pengenalan yang diragui.
“Ini adalah mimpi negeri kepada
negara yang dicipta oleh eksekutif, ia membabitkan rasuah besar-besaran
dan ancaman serius kepada kedaulatan Malaysia. Dan sekarang kita ditanya
bagaimana hendak membersihkan kekacauan yang tercipta, yang juga
mempunyai kesan amat rumit dalam pilihan raya lalu,” katanya tanpa
sebenarnya menjawab soalan.
Shim: Ada peningkatan populasi
di Sabah yang berlaku kira-kira ketika kemasukan Umno ke dalam negeri
ini. Adakah anda bertanggungjawab mengetuai kemasukan Umno ke Sabah pada
1991, adakah ia benar?
Anwar: Ya, ada alasan yang baik
Umno berasakan mereka perlu mempunyai pengaruh kuat di Sabah.
Bagaimanapun, anda perlu membezakan antara parti politik yang berjuang
dalam peperangan sah dalam sempadan undang-undang dan parti yang tidak.
Shim: Ada persepsi yang
menyatakan peningkatan populasi itu disebabkan pendatang asing
dimasukkan ke dalam komuniti untuk meningkatkan kelebihan bagi
sesetengah parti politik.
Anwar: Tidak adil untuk
menyalahkan parti secara keseluruhan kerana tidak semua orang tahu
mengenai perkara itu. Tetapi, pemimpin yang tahu mengenai kejadian itu
dan memilih untuk berahsia terhadap tindakan bawah tanah patut
dipertanggungjawabkan. Tidak ada sesiapa yang patut membiarkan operasi
haram yang mengancam keselamatan negara.
Manoi: Apa yang boleh dilakukan untuk menangani isu pendatang haram yang memegang kad pengenalan Malaysia?
Anwar: Kita patut adil, tidak
semua orang Filipina di Sabah adalah pendatang haram, kita perlu kenal
pasti siapa pelarian sebenar. Penarikan semula kad pengenalan mereka
adalah salah mengikut undang-undang antarabangsa, walaupun Malaysia
tidak menandatangani persetujuan itu. Tetapi, langkah pertama yang perlu
kita ambil ialah menghentikan serta-merta pengeluaran kad pengenalan
kepada pendatang haram. Ada pegawai kerajaan atau Umno yang dihantar ke
Sepang dan Selayang untuk mengeluarkan dokumen identiti kepada pendatang
haram. Kita perlu menghentikannya sekarang tanpa sebarang alasan.
Manoj: Apa yang perlu dilakukan
kepada pendatang haram yang mempunyai kad pengenalan Malaysia, yang anak
dan cucu mereka dilahirkan di sini?
Anwar: Ini isu yang amat rumit
kerana menarik semula kad pengenalan mereka bermakna mereka akan menjadi
orang yang tidak ada negara. Kita perlu memikirkan generasi akan datang
dan mempertimbangkan tempat mereka yang sepatutnya di Malaysia. Dalam
perkara ini, kita perlu ada belas kasihan, timbang rasa dan berfikir
mengikut asas kemanusiaan. Ini adalah hampir serupa dengan orang Mexico
yang tinggal di California yang sebenarnya tidak mempunyai kad hijau.
Dan isu lain yang perlu dipertimbangkan ialah, jika kita membatalkan kad
pengenalan pendatang ini, siapa yang akan menerima mereka? Tentu saja
buka Filipina atau Indonesia. Penghantaran pulang pendatang membabitkan
persetujuan kedua-dua negara yang menghantar dan menerima.
“Saya mengadakan perbincangan
dengan bekas presiden Filipina, Fidel Ramos. Beliau menunjukkan
keengganan untuk menerima bekas pelarian balik ke Filipina kerana
menganggap Malaysia bertanggungjawab terhadap pelarian itu kerana mereka
ada di sini,” katanya. ~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment