Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, September 17, 2013

ALTANTUYA : KEMATIANNYA MENCEMAR MALAYSIA

 
NONE
Pada dasarnya kini kes kematian Altantuya sudah selesai, dengan terlepasnya 2 anggota PDRM dari tali gantong dan kenyataan KPN dengan tidak meneruskan siasatan atas " kemalangan " tersebut. " Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (  gambar sebelah )bahawa polis tidak akan membuat siasatan baru terhadap kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Tapi apakah muslihat KPN dengan mengeluarkan kenyataan tersebut? Tidakkah ianya menjatuhkan imej negara di pesada dunia? atau memang ada perangan pihak tertentu untuk memalukan PM sendiri? Wallahualam.







Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin ( gambar ) berpendapat kenyataan tersebut juga boleh menjatuhkan imej negara kerana boleh dilihat tidak serius dalam soal menegakkan keadilan.

"Saya melihat kenyataan KPN itu hanya bertujuan untuk memalukan Najib tidak ada sebab lain dan kalau ada sebab lain kenapa beliau tidak mahu meneruskan siasatan baru.

"Ini merupakan perbuatan jenayah yang cukup berat, KPN tidak boleh buat tidak kisah tentang perbuatan tersebut dan kita perlu ingat ia akan melibatkan imej negara ini," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Katanya, adalah tidak mungkin berlaku sesuatu pembunuhan tetapi kita tidak mengetahui siapa pembunuhnya, dan pihak berkuasa pula mengambil sikap tidak mahu meneruskan siasatan sehingga tertangkapnya pembunuh sebenar.

Beliau juga melahirkan kebimbangan kes ini menjadi satu lagi episod jenaka kepada sistem keadilan negara.

"Kalau polis tak nak siasat, kita yang perlu siasat polis apa penyebab utama mereka tidak mahu meneruskan siasatan.

"Ini memperlihatkan seolah-oleh negara kita ini tidak mempunyai undang-undang. Tapi dalam kes membabitkan Pakatan Rakyat, polis nampaknya berebut-rebut mahu siasat," katanya yang juga seorang peguam.

Bagi beliau, penyelesaian terbaik dalam isu ini adalah dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan di Raja, yang mempunyai kuasa untuk menyiasat keseluruhan termasuk dalam jabatan polis itu sendiri.-HD

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA