Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul
Bari Mat Jahaya ( gambar ) berkata, sokongan yang diberikan oleh beberapa negara
Arab terhadap kerajaan sementara Mesir yang merampas kuasa tidak
semestinya bermakna mereka juga menyokong kezalimannya terhadap rakyat.
“Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semestinya menyokong kekejamannya,” katanya.
Hairan kita berpanjangan sebenarnya. Sehebat mana pun ulamak, bila kemudiannya menyertai parti sekular maka mereka lantas jadi dungu untuk memahami situasi semasa.
Hairan kita berpanjangan sebenarnya. Sehebat mana pun ulamak, bila kemudiannya menyertai parti sekular maka mereka lantas jadi dungu untuk memahami situasi semasa.
Kadangkala cakap-cakap mereka tampak lebih jahil dari golongan yang
jahil.Semua tahu bahawa kerajaan Arab Saudi (bukan rakyatnya) dari awal
menyokong penuh tindakan tentera menumbangkan sebuah kerajaan yang sah
pimpinan Presiden Mohamed Morsi melalui rampasan kuasa. Saudi mengumumkan akan menyumbang sebanyak USD5 bilion kepada kerajaan haram yang merampas kuasa itu.
Bahkan pemerintah Saudi, Raja Abdullah Raja Abdullah Arab Saudi secara
terang-terangan menyeru bangsa Arab untuk berdiri bersama-sama menentang
"cubaan untuk menjejaskan kestabilan Mesir" (merujuk pada himpunan pro
demokrasi) sewaktu kerajaan haram Mesir itu membunuh beribu-ribu
rakyatnya, menyerang dan membakar masjid.
Bagaimana Fathul Bari boleh keluar kenyataan; Arab Saudi iktiraf
kerajaan tentera Mesir tidak semesti iktiraf kekejamannya. Ulamak muda
Umno seorang ini butakah?Fathul Bari turut seterusnya mengambil contoh
kerjasama yang dilakukan PAS dengan parti yang bukan berlandaskan Islam
iaitu DAP dan PKR. Katanya, kerjasama itu bukan bermakna PAS menyokong Kristian, amalan
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan
pluralisme.“Sepertimana orang Pas yang mengiktiraf KeADILan dan DAP, tak
bererti sokong Kristian, LGBT dan pluralisme,” katanya.
PAS menolak LGBT dan pluralisme atau tidak menganut ajaran Kristian itu
betul tetapi adakah KeADILan dan DAP menjadikan kristian sebagai dasar
perjuangan dan menerima LGBT? Bila pula KeADILan terima pluralisme?
Fathul Bari sudah jadi ulamak pemfitnah!
Boleh jadi ulamak muda Umno ini termakan dengan dakyah yang sebarkan
oleh media primitif pro BN yang menjalankan agenda propaganda jahat
saban waktu untuk menggambarkan bahawa DAP dan KeADILan adalah parti
yang menyokong Kristian dan LGBT, manakala KeADILan pula dituduh
menganggap semua agama adalah benar (pluralisme).
Malang sungguh ulamak yang jadikan Utusan Malaysia dan TV3 sebagai
sumber rujukan.Berbalik kepada isu keganasan tentera membunuh rakyat
Mesir, Penasihat Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nuuh Gadut berkata,
ulamak Mesir yg berpengaruh mesti mainkan peranan untuk damaikan
kedua-dua pihak. Ini juga antara ulamak yang suka membuat ulasan tanpa
mendalami isu. Apa yang hendak didamaikan?
Apa yang berlaku bukan peperangan antara dua pihak tetapi satu pihak
(tentera) yang merampas kuasa, menjatuhkan Presiden yang sah,
mengurungnya, menindas pihak yg dijatuhkan dan akhirnya melakukan
pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat.
Contohnya mudah saja, hanya baru-baru ini Mufti Perlis Dr. Juanda telah
dirompak. Wajarkah Datuk Nuuh nasihatkan Dr. Juanda dan perompak, "Kamu
berdua jangan gaduh2, berdamailah..." Begitulah di Mesir, sebagai ulamak
sepatutnya Nuuh nasihatkan pihak tentera yang merampas kuasa dari
Presiden yang dipilih secara sah oleh rakyat, menghentikan kezaliman
terhadap rakyat.
Beliau sepatutnya menasihati kerajaan Malaysia supaya jangan
bersekongkol dengan kezaliman dengan tidak menyatakan bantahan apa-apa
bantahan rasmi bagi pihak kerajaan Malaysia terhadap kerajaan haram
tentera Mesir.
Apa yang terpancar dari pemikiran Fathul Bari dan Datuk Nuuh sebenarnya
adalah realiti segelintir ulamak yang mendapat gambaran salah perihal
sesuatu isu. Mereka menerima maklumat yang salah lalu memproses
(menghukum) berasaskan maklumat tidak betul tersebut.
Jika di Malaysia hampir semua media elektronik dan akhbar-akhbar harian
utama melaporkan maklumat salah atau maklumat yang diprogandakan
terhadap rakyat, masa di Mesir juga begitu. Tiada bezanya kerajaan sekular di mana-mana pun, media mereka
dikongkong.Akhbar Al Youm Mesir yang pro perampas kuasa melaporkan
bahawa Mursyid Am Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Ikhwanul Muslimin
membakar masjid-masjid dan gereja-gereja, Masjid Rabiatul Adawiyah
berjaya dibebaskan daripada cengkaman samseng Ikhwanul Muslimin, 30
mayat yang sudah busuk ditemui di bawah pentas utama Rabiatul Adawiyah.
Ianya mungkin sudah mati sebelum serangan meleraikan demonstrasi
dilakukan (14 Ogos), Ikhwan membiarkan Masjid Rabiatul Adawiyah
ditinggalkan dalam keadaan hancur, mereka juga mencuri wang zakat milik
masjid dan membakar pusat kesihatan bersebelahan masjid dan kerugian
dianggarkan berjumlah 12 juta pound Mesir dan polis menjumpai senjata
api dan senjata tajam di dalam kawasan demonstrasi di Rabiatul Adawiyah.
Takkanlah berita bohong begini yang hendak dijadikan rujukan oleh ulamak
Umno. Zaman langit terbuka ini bukan susah sangat untuk mendapat
maklumat sebenar situasi di Mesir.
No comments:
Post a Comment