Mamak
Kutty Mahdey, ramai pencacai Umporno kagum dengan kehebatan bapak
kepada orang kuat Kilang arak Sun Miguel ini. Kononnya mamak kutty yang
pernah hina Sunnah Nabi itu adalah pemimpin atau tokoh dunia ketiga
dan ianya memang tidak pelik kerana Mahdey memang terkenal sebagai
pemimpin yang tidak pernah suka kepada Islam.
Takutnya Mahdey kepada Islam sampai ke kemuncaknya bila sanggup
menfitnah Timbalan beliau ketika itu yang satu dunia tahu adalah tokoh
Islam yang hebat yang telah memimpin ABIM iaitu DS Anwar Ibrahim. Tiada
siapa boleh nafikan Anwar ketika berada di dalam kerajaan lah maka
wujudnya Universiti Islam, Perbankan Islam, dasar-dasar penerapan
nilai-nilai Islam di seluruh jabatan kerajaan sehinggakan murid-murid
sekolah menengah yang sebelum itu ke sekolah 'bertelanjang' (tidak
menutup aurat) dinasihatkan menutup aurat. Pelajar lelaki Islam memakai
seluar panjang dan yang perempuan pula berbaju kurung dan bertudung.
Mahdey amat takut semua ini kerana beliau sendiri tidak boleh memaksa
isteri dan anak-anaknya menutup aurat.
Maka Anwar pun difitnah seterusnya dipecat agar di dalam Umporno dan Kerajaan tidak akan berkembang ciri-ciri Islam ini. Pencacai-pencacai dan pengampu terus menjilat Mahdey. Bayangkan ada yang menangis dan berteriak macam orang gila sehingga tercabut tunit kasut bila Mamak Kutty ini mengacah untuk meletakkan jawatan. Hebat sungguh puak-puak ini.
Sampai saat Mahdey sudah bersara pun, masih ramai lagi yang
mengagung-agungkan tokoh yang menghina Sunnah Nabi ini. Pak Lah naik
selepas itu, Mahdey tetap mahu tunjuk dia masih hebat dan berkuasa.
Diganggunya pentadbiran Pak Lah kerana Mahdey tahu amat mudah untuk
menggertak tokoh yang kuat tidor ini. Kerja Mahdey ini berhasil, dan
Pak Lah cabut juga dari Kerusi PM. Maka, naik pula Najib tokoh Umporno
yang isterinya juga 'bertelanjang' tanpa menutup aurat. Kerja Mahdey
untuk menjauhkan Umporno dari semangat Islam berhasil kerana selepas
beliau tidak seorang pun PM yang isterinya menutup aurat. Umat Melayu
yang mengaku Islam di negara kita masih ramai yang berbangga memiliki PM
yang isterinya 'bertelanjang'.
Baru-baru ini, Pak Lah sudah terjaga dari tidor. Sedar saja dari lena,
Pak Lah terus serang Mahdey di dalam buku terbarunya. Macam-macam Pak
Lah perkatakan tentang Mahdey sehingga beliau sanggup kata jika beliau
dulu mengikut telunjuk Mamak kutty ini pasti negara kita sudah pun
bankrap sekarang. Pak Lah sudah lewat untuk sedar, Pembangkang
terutamanya Anwar sudah lama menyebut hal yang sama sewaktu Mahdey
berkuasa lagi.
Bila Pak Lah yang dikatakan kuat tidor itu boleh sebut Mahdey boleh
bankrapkan negara, dan ramai yang kata Pak Lah itu lermah, bayangkan
prestasi Najib sekarang. Kerusi di Parlimen yang diwakili oleh Bn
sewaktu zaman Pak Lah boleh lesap 7 Kerusi bila tiba zaman Najib.
Ertinya Najib lebih teruk dari Pak Lah yang mana Pak Lah pula sebut
Mahdey lagi teruk. Jika sudah ketiga-tiganya teruk, buat apa tunggu
lagi di dalam parti Umnorno?
Jawapannya, sebab mereka itu sanggup menjadi pencacai dari dulu, kini dan selama-lamanya.
ehsan: wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment