Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 1, 2013

MERCUN LWN TEMBAKAN PISTOL - KINI



Kejadiaan pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat semakin berleluasa terutama melibatkan mangsa golongan berprofil tinggi harus diberi perhatian serius oleh polis.
Semalam, dua kes tembak dilaporkan – satu di ibu negara dan satu di Bukit Mertajam – menyebabkan seorang maut dan dua cedera. Yang terbunuh dalam kejadian semalam ialah Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.

Satu lagi kejadian dilaporkan di Ipoh, Perak malam tadi menyebabkan seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Kuala Lumpur pada 10.15 malam.

Khuatir dengan trend itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata kepada Bernama kejadian seperti itu memberi gambaran yang kurang elok terhadap tahap keselamatan di negara ini.

Tambahan pula kes pembunuhan golongan berprofil tinggi sering dikaitkan dengan dakwaan wujudnya pembunuh upahan tetapi tiada pembunuh upahan yang ditangkap atau didakwa setakat ini (pada tahun ini), kata Akhbar.

"Penguatkuasa perlu menyiasat dan menyelesaikan dengan segera kes-kes tembak yang melibatkan individu berprofil tinggi," katanya.

Beliau mengulas mengenai kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur hari ini.

Kejadian itu berlaku selepas aktivis anti-jenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April. 

Sehubungan itu, Akhbar mengesyorkan pihak berkuasa meningkatkan usaha membanteras penyeludupan senjata api yang menyumbang kepada peningkatan kes pembunuhan termasuk kononnya oleh pembunuh upahan.  

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata pasukannya telah mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api ke negara ini berikutan kejayaan pasukan khas merampas sejumlah senjata api dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan senjata api itu dibawa masuk dari negara jiran dan tidak mendedahkan jumlah rampasan senjata.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas sejak kejadian  kes pembunuh upahan menggunakan senjata api semakin berleluasa.

Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 Selangor mencatat peningkatan tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah, ibu negara dan Kelantan.

Selain kes tembak yang disebut di atas, terdapat kejadian tembakan melibatkan orang awam lain, antaranya:
  • 18 Julai - Seorang guru maut ditembak dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.
  • 8 Julai - seorang guru penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, maut selepas terkena tiga das tembakan dalam kejadian di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, Kelantan.
  • 13 Mei - Seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.
  • 11 Mei - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.
  • 11 Mei - seorang pembantu kedai barang-barang lusuh ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.
  • 7 Mei - seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun.

Sepanjang bulan April pula, sebanyak 10 kes tembak melibatkan kematian dan cedera dilaporkan media.

- Bernama

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA