Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 4, 2013

UMNO - MULA DI HUKUM - PERKASA BERTINDAK

"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya...
Itu adalah kata-kata Ibrahim Ali yang kelihatan meradang bilamana Najib langsung tak pandang PERKASA yang bermati-matian membodeknya hinggakan kadang kala melakukan perbuatan yang memalukan diri sendiri...
Entah apa yang dia nak buat pulak entahlah.. tapi ada Najib kisah itu semua?.. Najib peduli apa kat Ibrahim Ali dan PERKASA tu..
Buktinya orang Hindraf yang menentang kerajaan Najib lantik ke dalam kabinetnya sebagai Menteri.. tapi PERKASA??
Rasa aku lah kalau Najib lantik Ibrahim Ali ni jadi Pengerusi Tabung Haji tentu dia tak marah..
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.
"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.
"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa. 
"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya.
"Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa.
"Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya.
Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tindakan yang bakal mereka ambil tetapi menegaskan mereka kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran supaya tidak mempersoal langkah yang akan diambil.
"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.
"Kami berjuang untuk agama, bangsa dan negara... perbuatan adalah lebih baik daripada kata-kata," tambahnya lagi.
Kedua-dua calon Perkasa iaitu Ibrahim dan Naib presidennya, Datuk Zulkifli Noordin tewas pada PRU13 dan sejak itu, mereka 'tersisih' dari arus politik perdana ~ 
The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA