Sikap
beberapa buah negara Arab terhadap pemerintahan Dr Muhammad Mursi di
Mesir mencurigakan. Kenapa mereka bersikap demikian? Sama2lah kita
perhatikan tindak tanduk mereka selepas kejatuhan Muirsi, ketika
kejatuhannya dan semasa pemerintahannya.
Berita
terbaharu mengatakan bahawa Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Imarat
telah bersetuju memberi bantuan kpd Kerajaan Baru Mesir masing2 sebanyak
5 dan 3 bilion dolar.
Di
mana mereka selama ini ketika Kerajaan Presiden Muhammad Mursi
berhempas pulas unt mengatasi kegawatan ekonomi Mesir dan mendapat
tekanan dlm perundingan dg Bank Dunia dan IMF? Ketika itu hanya Qatar yg
bersedia membantu dg menyuntik pelaburan dan memberi bantuan kpd Mesir.
Tetapi semua ini tidaklah menghairankan.
Sebaik
sahaja Mursi digulingkan oleh tentera dan sebelum lagi Presiden
Sementara, Adli Mansur, mengankat sumpah, Raja Arab Saudi telah
mengutuskan ucapan tahniah kpd beliau.
Menteri
Luar Imarat pula teus terang menyatakan kegembiraan yg tidak terhingga
dg kejatuhan Presiden Mursi. Inilah wajah2 kepimpinan kononnya negara
Islam yg tidak tahu malu. Mereka sebenarnya bimbang dg kemunculan sebuah
pemerintahan berlandaskan Islam yg sederhana melalui proses demokrasi
yg berlawanan sama sekali dg sistem pemerintahan mereka yg beraja mutlak
dan kolot.
Mereka
bimbang kalau2 rakyat mereka akan terpengaruh dg angin peruahan yg
melnda Mesir dan negara2 Afrika Utara dan bangkit menuntut perubahan yg
sama dilakukan di negara2 mereka. Terdapat berita2 yg mengatakan bahawa
negara2 Teluk membiayai tunjuk2 perasaan menentang Mursi di Mesir dg
menyalurkan bantuan kewangan berjuta ringgit kpd puak2 liberal-sekular
dan apa sahaja yg memusuhi Mursi dan pemerintahannya.
Tidaklah
mustahil bahawa penunjuk2 perasaan yg menyertai gerakan "Tamarrud",
"Jabhat al-Inqaz" dan seumpamanya adalah dibayar utk betkumpul beramai2
di Midan al-Tahir. Melihat kpd bantuan yg disalurkan negara2 tersebut
kpd Kerajaan Sementara Mesir dokongan Tentera serta sikap negara2 itu
menyambut kejatuhan Mursi, berita2 bahawa negara2 berkenaan berperanan
disebalik peristewa yg memalukan itu ternyata ada kebenarannya. WA.
No comments:
Post a Comment