Dapat peluang untuk bersama-sama YB ahli Parlimen di persidangan Parlimen kali ini, cukup rasa bertuah dapat sendiri melihat bagaimana suasana dan cara mereka ahli-ahli parlimen berhujjah sama ada mereka dari kalangan menteri mau pun penyokong kerajaan hattan pembangkang.
Apakah sukar sangat untuk menjadi menteri, timbalan menteri hatta Perdana Menteri itu sendiri. Sangkaan yang mulanya amat sukar mereka ( kalangan menteri-menteri kabinate ) menjawab setiap persoalan yang timbul bagitu melesat sekali. Betapa mudah
menteri dan timbalannya menjawab soalan-soalan dari ahli Yang Berhormat.
Mereka membaca jawapan yang disediakan oleh pegawai dan memilih untuk
jawab ara bertulis bagi soalan tambahan yang tidak boleh dijawab lisan terutama
yang melibatkan fakta dan figure. ( terlintas di kepala patutlah selama ini semua soalan bertulis perlu berada di parlimen terlebih dahulu, ini memudahkan semua pegawai kerajaan menyediakan jawapan. )
Nasruddin bin Ramli - AP Temerloh
Sebagai contoh: YB Termerloh: Satu soalan tambahan di kemukakan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan apabila timbul persoalan mengenai penubuhan balai
bomba di Belaga dalam Bahagian Kapit. Soalan berkait dengan
isu kebakaran di Sibu dan lain-lain kawasan penempatan pendalaman serta
padat penduduk. Kenapa bomba sering lambat tiba untuk menyelamat
sehingga mengorbankan jiwa. Apakah faktor lambat dan sebenarnya
berapakah jarak kedudukan wajar balai bomba dengan sesebuah penempatan? Berkemungkian soalan ini di luar jangkaan pihak menteri, dan menteri perlu menjawab secara bertulis, selapas 3 jam, menteri mampu menjawabnya. Ini membuktikan pihak menteri perlu memohon pertolongan dari pegawai-pegawai di kementeria. Mudahkan?.
Kini tidak dinafikan ramai kalangan
kepimpinan muda yang menyertai parlimen kali, jelas pada PRU13 telah
melahirkan ramai orang muda dari Pakatan Rakyat. Dari PAS selain
ketuanya sendiri YB Nasruddin Hassan, YB Nik Mohammad Abduh ( Pasir Mas ) ,
YB Rafizi Ramli dari PKR ( Pandan ) dan YB Datuk Arif Sabri dari DAP (
Raub ). Sudah pasti kali ini parlimen akan digegarkan dengan hujjah yang
bernas dan kemampuan kepimpinan UMNO / BN akan menjadi lebih serba
salah dan tak senang duduk.
Tidak juga dinafikan ada kalangan YB yang memang hebat, pandai dan mampu berhujjah, hebat juga YB Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kini menggalas
jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beliau petah menjawab soalan
tambahan dan ada kematangan dari sudut berpidatu serta mampu berhujjah tidak diiringi dengan emosional.
" Persembahan " YB Ust Nik Mohamad Abduh
amat mengkagumkan lontaran ideanya dan gaya persembahan semasa membahas
titah DiRaja, isi kandungan bahas beliau persis mendengar ucapan Tuan Guru
Nik Abdul Aziz sewaktu mudanya. Malang masa yang dimiliki oleh beliau
hanya 15 minit untuk berbahas. Namun ucapan ringkasnya itu pasti menjadi hit di dada akhbar dengan isu dan penegasan yang dibuat
oleh beliau. Begitulah aksi rakan-rakan dari Pakatan Rakyat yang lain
seperti YB Rafizi Ramli dari PKR dan YB Datuk Arif Sabri dari DAP yang
turut menggamatkan dewan dengan membaca beberapa ayat suci al-Quran.
Beliau menyebut, hari ini YB DAP nak baca al-Quran !
Sekali-sekala tersenyum juga dibuatnya kerana memang kita faham kepimpinan dari PR ( Pakatan Rakyat ) adalah " panglima " di ceramah-ceramah politik. YB Ustaz Idris beberapa kali menyebut tuan-tuan dan puan-puan sedang sepatutnya disebut Ahli Yang Berhormat dalam dewan Parlimen ini. Mungkin Speaker menghormati mereka kerana mereka penghuni baru di parlimen. Walaubagaimana pun sudah acap kali di sebut demikian akhirnya ditegor juga oleh Speaker, agar ianya tidak berjangkit kepada yang lain.
Sekali-sekala tersenyum juga dibuatnya kerana memang kita faham kepimpinan dari PR ( Pakatan Rakyat ) adalah " panglima " di ceramah-ceramah politik. YB Ustaz Idris beberapa kali menyebut tuan-tuan dan puan-puan sedang sepatutnya disebut Ahli Yang Berhormat dalam dewan Parlimen ini. Mungkin Speaker menghormati mereka kerana mereka penghuni baru di parlimen. Walaubagaimana pun sudah acap kali di sebut demikian akhirnya ditegor juga oleh Speaker, agar ianya tidak berjangkit kepada yang lain.
Dato’ Mahfuz Omar sebagai orang lama di parlimen, nampaknya beliau tolak ansur dengan YB yang baru, beliau banyak memberi laluan kepada pelapis mungkin cara ini bagi beliau dapatlah kalangan orang muda menonjolkan diri sebagai peganti line up kepimpinan akan datang.
No comments:
Post a Comment