Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, July 9, 2013

NIAT RAMADHAN ALMUBARAK

 
"Niat adalah salah satu rukun puasa.
Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa, maka puasanya TIDAK SAH.
Jika seseorang itu lupa berniat puasa, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut.


Niat ialah lintasan atau ucapan di dalam hati. Tidak sah niat jika diucapkan melalui mulut tetapi hatinya kosong. Niat boleh mengunakan apa-apa bahasa dan tidak semestinya bahasa Arab.

Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) berpendapat niat puasa mesti dilakukan pada tiap-tiap malam. Niatnya ialah : " Sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala "



Mazhab Imam Malik berpendapat boleh berniat puasa untuk sebulan sekaligus iaitu pada malam pertama Ramadan. Berniat satu bulan penuh hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa sahaja. Tidak dikira niat sebulan penuh itu jika ia dilakukan pada malam berikutnya seperti berniat pada hari kedua puasa.

Niatnya ialah : Sahaja aku puasa sebulan dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala. 

 

Menurut mazhab Syafi’ie, dibolehkan bertaklid kepada mazhab Maliki yang mengharuskan berniat sebulan sekaligus pada awal bulan. Tetapi niat harian masih MESTI dilakukan pada tiap-tiap malam walaupun sudah berniat sebulan. Ia hanya sebagai langkah berhati-hati jika ditakdirkan terlupa niat pada mana-mana malam dari Ramadhan. Dengan adanya niat sekaligus itu, dapatlah dielakkan dari terbatal puasa kerana terlupa.

Kesimpulannya, menurut mazhab Syafi’ie, niat puasa MESTI dilakukan pada setiap malam. Ada pun niat puasa sebulan sekaligus itu hanyalah sebagai langkah berhati-hati.

Wallahu 'alam.
Ehsan: lenggangkangkung-my.blogspot.com"

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA