Kita
baru sahaja selesai pilihanraya yang ke 13 pada 5 mei yang lepas.
Mengikut rumusan DS Najib, banyak kerusi BN kalah adalah akibat tsunami
Cina. Kawasan-kawasan yang ramai pengundi Cina calun BN kalah dengan
begitu teruk sekali.
Pengundi Cina juga telah keluar beramai-ramai dengan slogan “Ini kali lah..”
yang membawa mesej bahawa ini kali lah masanya selepas Merdeka mereka
akan ajar betul-betul untuk nyahkan BN khasnya UMNO atau Pertubuhan
Melayu Bersatu. Dalam lain makna "Ini kali lah.." untuk menguburkan kuasa Melayu.
Kuasa
Melayu nyaris-nyaris hancur malah sehingga kini ia sedang berada di
tebing lubang kubur dan tidak siapa dapat meramalkan apa akan terjadi
pada pilihanraya yang akan datang yang di jangkakan pada tahun 2018.
Inilah
balasan yang orang-orang Melayu terima setelah menerima kerakyatan kaum
lain. Ia memakan masa selama 56 tahun dan redap api perkauman yang
membara sebenarnya tidak pernah padam.
Kini
kita mengundang satu lagi cabaran baru apabila bersetuju membuka
kedutaan Vatican City di negara ini. Belum pun kering cap jari dan
langkah kaki ke negara ini Apostolic Nuncio nya (Jawatan Vatican
bersamaan dengan Duta) Joseph Marino telah meletak titik hitam
mengundang masaalah. Ini berpunca apabila beliau mencampuri urusan
dalaman negara ini dengan memuji penggunaan kalimah “Allah” di dalam
kitab bible.
Tindakan
Nuncio Joseph ini telah mencetuskan api kemarahan di kalangan umat
Islam negara ini sehingga mengundang NGO-NGO seperti PERKASA, Jati,
Gabungan NGO Melayu Islam Malaysia dan Jalur Tiga untuk bangun mendesak
Joseph menarik balik kenyataan nya di samping ke tahap mengeluarkan
kenyataan supaya mengusir Nuncio ini keluar dari negara ini.
Keseluruhan
puncanya semua ini ialah mengapa kita begitu mudah memberi rumah kepada
Vatican di negara ini yang mana mereka ini bukan mewakili sebuah negara
pun? Jauh sekali bagi memupuk keharmonian kaum dalam negara ini.
Seperti yang dipersoalkan oleh blogger Kadir Jasin “Siapa yang beria-ia
menjalinkan hubungan dengan Vatican?”.
DS
Najib mungkin tidak sedar ego beliau telah diangkat melalui psyco puak
ini apabila beliau sangat berbangga dengan lawatannya ke Vatican pada 18
Julai 2011 dengan katanya "Mereka beritahu saya, ikut amalannya, Pope Benedict tidak terima sesiapa sewaktu dia bercuti. (Tetapi) dia buat pengecualian untuk saya berjumpa dengannya. Saya jumpa dengan Pope Benedict kerana kita mahu tunjukkan sebagai sebuah kerajaan kita bersikap inklusif,"
Apakah
Kerajaan DS Najib yakin puak ini boleh dibawa berbincang untuk
bekerjasama dengan mereka yang konon cintakan keamanan dan kedamaian?.
Dan betulkah mereka ini menghormati kepimpinan Islam?
Apakah kita lupa bahawa Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 120:-
”
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka
(yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar".
Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar".
Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
Lagi sekali DS Najib mendapat nasihat yang silap dari penasihatnya.
Hakikatnya DS Najib sudah terperangkap dengan membuat satu lagi kesilapan besar di dalam sejarah orang Melayu dan Islam. Mungkin kesan dan akibat ini akan lebih cepat dan tidak akan sampai 56 tahun untuk kita lihat kecelaruannya.
Hakikatnya DS Najib sudah terperangkap dengan membuat satu lagi kesilapan besar di dalam sejarah orang Melayu dan Islam. Mungkin kesan dan akibat ini akan lebih cepat dan tidak akan sampai 56 tahun untuk kita lihat kecelaruannya.
PEACE.
No comments:
Post a Comment