Kes penghinaan Islam di Internet oleh pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee ( gambar ) sedang disiasat
dan bakal berdepan hukuman.Penghinaan seumpama ini, bukannya pertama
kali malah lebih mengecewakan ialah pemimpin Barisan Nasional yang mula
mengorak langkah bernada celupar apabila membicarakan tentang agama
Islam yang dikasihi umat
Bertitik-tolak dari situ, banyak
pihak mula memberanikan diri mencela agama Muhammad sehingga kini sudah
menjadi satu kebiasaan untuk memperleceh, mempergunakan dan
mempersendakan agama.
Lebih mengecewakan, orang awam dikenakan tindakan keras sebaliknya melibatkan pemimpin BN, terlepas hukuman begitu sahaja.
Berikut antara petikan penghinaan pemimpin BN tentang Islam yang kita tercintai:
1."..apakah
kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka
kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya
macam mana janggut dia. Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan
ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak
dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia
berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...di padang
pasir". - Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Tertutup Majlis Agama
Kebangsaan, 1997.
2.- "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad (3 Mac 1994, Nilam Puri, Kelantan)
3."Apabila
hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada
pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini
sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna
sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
-Tun Dr. Mahathir Mohamad (14 Julai 1992)
4."Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - PM, Dato' Seri Najib Tun Razak (20 April 1983)
5."Kerajaan
Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara,
ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan
kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat
harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan
perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara
Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur
tanpa hukum itu. - Dato' Seri Najib Tun Razak, (20 April 1992)
6.Wanita
(terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan
anak.Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak
dan darurat, ia dimaafkan - Dr Mashitah Ibrahim melalui kolumnya
diakhbar 21 Jun 2005
8.Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek; Naib
Presiden MCA, Dr Ng Yen Yen; Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong; Ketua
Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe; serta Ahli Parlimen Alor Gajah, Fong Chan
Onn mengkritik calon PAS di Tenang, Normala Sudirman yang memilih untuk
tidak bersalam dengan lelaki.
- Chua Soi Lek- "Normala) memakai
sarung tangan untuk bersalam. Jika anda boleh terima ini sebagai satu
nilai Islam, silalah undi PAS"
- Ng Yen Yen- "..kenapa (Normala) tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki?"
-
Chua Tee Yong (Twitter)"Normala memakai sarung tangan dan pembantunya
bersalam bagi pihaknya. Pastinya dia akan mendakwa ia atas alasan
kesihatan dan kebersihan."
- Fong Chan Onn (Twitter)- "Apa akan
berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia
akan membantu mengangkat lelaki tersebut?"
- Tan Lian Hoe (tuduh
Normala angkuh)- "Bukan sahaja lelaki, apabila dia bersalam dengan
perempuan, dia juga memakai sarungtangan. Ini tidak mesra. Adakah dia
fikir tangan kita kotor?"
9.Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng
Liang (Twitter) - "Kerajaan PAS Kedah yang menasihatkan model lelaki
yang muncul di papan iklan (billboard) berpakaian sopan dan tidak
memakai seluar pendek kerana takut lelaki 'jambu' di dalam PAS
terangsang.Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlit termasuk bukan
Islam mesti memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang."
kata Norazizi.
10."
pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan
dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan
keresahan rakyat terhadap Islam." - Presiden MCA Chua Soi Lek
11.Memo
9 Menteri BN kepada Perdana Menteri pada 2006 mempertikaikan kedudukan
undang-undang Syariah.Minta semak semula peruntukan Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan tentang Mahkamah syariah -
-Dato' Seri S. Samy Vellu (Menteri Kerja Raya),
-Dato' Seri Ong Ka Ting (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan),
-Dato' Seri Lim Keng Yek (Menteri Tenaga , Air dan Komunikasi),
-Dato' Seri Chan Kong Choy (Menteri Pengangkutan),
-Dato' Seri Dr Fong Chan Onn (Menteri Sumber Manusia),
-Dato' Dr Chua Soi Lek (Menteri Kesihatan),
-Dato' Dr Maximus Ongkili (Menteri Jabatan Perdana Menteri),
-Dato' Peter Chin Fah Kui (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan
-Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Jabatan Perdana Menteri).
12.
Detik keluaran 15 Oktober 1999 mukasurat 11. Dalam temuramah dengan
Ustaz Ahmad Awang mendedahkan bahawa dalam satu ceramah di Sungai Siput,
Samy Vellu telah berkata: "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?".
13."..Agama
telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan
Terengganu" - Dato' Zainuddin Maidin - Straits Times, Singapura keluaran
23 Februari, 2001
14."Undang-undang itu (Enakmen Jenayah
Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan
terlampau bodoh untuk digambarkan"- The Star, akhbar MCA
15."MCA sedia keluar BN jika Hudud dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011.
16."Hudud
tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada
realiti" -PM, Dato' Seri Najib Tun Razak 24 September 2011
17.Memperlekeh
dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
melarang pekerja muslim dari bekerja di pusat hiburan yang terlibat
dengan arak. - Naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, 16 Januari
1992
18.Mempertikai usaha Majlis Bandaraya Alor Star
memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan
pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi
non muslim. - Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew
No comments:
Post a Comment