Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, July 17, 2013

DAKWAT KEKAL - SPR MULA PANAS

Pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pandan yang bersemangat negarawan, Mohd Rafizi Ramli (foto) mengenai individu yang mendapat kontrek membekalkan dakwat kekal untuk kegunaan SPR dalam pilihan raya umum ke-13 lalu kononnya kenalan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR, telah dinafi oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf.
Aziz menolak dakwaan itu dengan nada kesal sambil berkata; "kenapa hendak buat fitnah dalam bulan puasa ini, tak takut dosa ke?"

Dalam pendedahan di sidang parlimen hari ini Rafizi tidak langsung menyebut nama Aziz dan Wan Ahmad tetapi kenapa Aziz terasa panas punggung? Ada apa-apa ke?

Aziz seperti mana laporan dipetik berkata urusan pembekalan dakwat kekal itu dilakukan oleh Setiausaha SPR Kamarudin Baria, manakala beliau dan Wan Ahmad tidak tahu menahu. Ewah...beruk Bidah sungguh..


Penjelasan Aziz itu mungkin diterima dengan mudah oleh 'lembu-lembu' laki Sharizat Jalil atau 'anak-anak ayam kampung' yang diberikan Tajuddin Rahman kepada beberapa orang pengundi di Kuala Besut, dua tiga hari lepas tetapi bukan mereka yang otaknya berjalan dan tahu prosuder di dalam sesebuah organisasi.


Mereka yang ada otak dan otaknya bergerak akan membuat penilaian sendiri terhadap apa yang berlaku. Begitu juga ahli firasat sudah dapat membaca apa sebenar yang berlaku dengan merenung muka kedua mereka, Aziz dan Wan Omar.


Tidak munasabah kalau Aziz atau Wan Ahmad tidak mengetahui mengenai urusan pembelian dakwat itu atau berbagai peralatan lain sedangkan ianya bernilai jutaan ringgit. Peruntukan dakwat kekal itu saja bernilai lebih RM7 juta. Apakah boleh, sebagai seorang pengerusi dan timbalan pengerusi melepaskan begitu sahaja urusan pembelian dan perolehan lain kepada setiausaha?


Untuk mengukuhkan dakwaan Aziz ini mungkin rakan koribnya Wan Ahmad Wan Omar boleh membuat penjelasan berpandukan kepada pengalamannya yang pernah menjadi Setiausaha SPR sebelum ini. Apakah urusan perolehan untuk SPR diuruskan oleh setiausaha dan tidak ada apa-apa campur tangan pengerusi? Jawab Wan Omar, bantulah kawan itu.


Dalam pada itu Aziz juga membuat penjelasan pembelian dakwat kekal itu berjalan dengan baik. Beliau menghujah mengatakan ianya diluluskan oleh kementerian kewangan dengan baik. Alasan ia diluluskan oleh kementerian kewangan dengan baik tidak begitu kemas. Apakah maksud dengan baik itu, Jiz? Apakah apabila sesuatu diluluskan oleh kementerian kewangan ia dijamin tidak berlaku penyelewengan. Cara Aziz berfikir semacam lah beliau tidak pernah berkerja dengan kerajaan. Aduh..beruk Bidah terlekat ekor di selongan.


Pihak kementerian kewangan akan meluluskan berapa saja jumlah yang dikehendaki setelah ianya dilulus oleh SPR. Bajet itu disediakan oleh SPR di mana Aziz adalah pengerusinya. Mustahil kalau semasa membuat kelulusan itu Aziz tidak tahu? Mesti tahu. Rasanya Kamarudin tidak akan berani buat bersendiri memadangkan ia jumlah yang besar. Dan kalau benar Aziz tidak tahu seperti dijelaskan malangnya Malaysia mempunyai seorang pengerusi seperti Aziz.


Begitu juga cara Aziz melemparkan perkara itu kepada Kamarudin seakan-olah beliau mahu ianya dipikul oleh Kamarudin bersendirian tanpa mengaitkan dia dan Wan Ahmad. "Elok urusan ini diajukan kepada Kamaruddin," begitulah katanya dipetik.

Adalah sesuatu yang janggal Aziz sebagai pengerusi tidak mengetahui apa-apa mengenai tender menender pembekalan dakwat kekal itu. Sikap Aziz boleh disangsikan kerana sebelum ini dialah yang menegaskan dakwat itu kekal, (sambil menunjukkan jarinya yang berlumuran dakwat bagi menyakinkan orang ramai), selepas itu dia sendiri juga mengakui sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menyiasat keadaan dakwat itu bila timbul kekalutan.


Sebenarnya sikap dolak dalih dan berpendirian tidak kemas beginilah menjadikan sebahagian besar pengundi semakin mempertikaikan akan ketelusan dan kebersihan SPR sebagai badan bebas. Sikap Aziz yang tidak tegas dalam pendirian mempertahankan keputusan dibuatnya itulah makin menyebabkan rakyat marah kepadanya dan juga SPR.

Pastinya isu berkaitan pembelian dakwat kekal dan dakwaan dibuat Rafizi dalam parlimen itu akan menjadi perhatian SPRM. SPRM tidak perlu melepaskan begitu saja memandangkan ia melibatkan kewangan rakyat yang besar. Cuma kita harap jangan dalam kasus ini teknik menggunakan 'Bafia' seperti mana berlaku ke atas pendedahan Rafizi mengenai akaun dalam perniagaan lembu gemuk (NFC) digunakan. Rafizi yang sebelum ini mendedahkan pernyataan kewangan syarikat NFC telah disaman atas kesalahan dibawah Bafia.


Dalam pada itu sejuta tahniah kepada Rafizi Ramli atas inisiatif mendedahkan perkara itu dalam memastikan wang rakyat tidak dibazirkan dan SPR sebagai badan bebas benar-benar bebas sesuai dengan kewujudannya. Langkah dan keberanian dipunyai Rafizi harus menjadi tiruan dan teladan wakil-wakil rakyat yang lain. [wm.kl.10:35 pm 16/07/13]

dr MERAH TINTA MSO.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA