1. SELANGOR
Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada
sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang
dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang
menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut
telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi
nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.
Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.
Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.
Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

2) JOHOR
Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah",
sementara R.O Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor
dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah jawa yang bermaksud "Air
Jernih". Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah,
"Hujung Medini"(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu
(nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat
dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu "Jauhar" yang membawa
maksud "Permata".
3) KEDAH
Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah
negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi
tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto.
Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah",
"Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai
"Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali
sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri
ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah,
tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki"
dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang
menjual gelas berkaki pada masa itu.
4) KELANTAN
Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang
merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan
diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli,
tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian
digabungkan dengan perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah
"Kolithana" yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika itu
sebagai "Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang akhirnya menjadi Kelantan.
Catatan
dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai "Ko-lo".
Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu
"Ho-lan-tan" atau "Kou-lo-tan". Sementara dalam peta De'eredia, wujud
nama "Calantan Rio", sementara peta selainnya disebut "Calantan",
"Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu
adalah bersempena dengan nama pokok "Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir
pantai negeri Kelantan pada ketika itu.
No comments:
Post a Comment