9) PERLIS
Perlis dahulunya dikenali sebagai
"kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama
seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada
juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya
berasal dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut,
kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang
menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau
Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi
"Perleh".
10) PULAU PINANG
Ianya berasal dari barisan
pokok-pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal melayu di
kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales" oleh
Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat
dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir
penduduk tempatan.
11) TERENGGANU
Dipercayai berasal dari cahaya kilat
yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata "terangnya
genu" atau maksud lainnya "terang sampai ke sana". Terdapat juga kisah
yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah
di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar
serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring
itu sebagai "Taring anu", sungai dimana taring tersebut dijumpai juga
dikenali sebagai "Sungai Taring Anu".
12) SABAH
Pernah dikenali dengan nama "Api-api",
Sabah mendapat namanya daripada perkataan "Saba", iaitu sejenis pisang.
Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka di
sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.
No comments:
Post a Comment