Sebagai mantan PM, dan kalangan PM yang paling lama berkhidmat sebagai PM, kini Mahathir bersuara semula khusus untuk memastikan UMNO di terima masa kini. Coretan kali boleh terima pakai dan boleh juga di jadikan " bahan " kajian khususnya kepada generasi muda kaitan dengan " ke mara arah perjuangan UMNO " sebenarnya. UMNO sudah pun berusia 63 tahun, tapi kita perlu mengingati semula di mana zaman Mahathir juga UMNO yang lahir 63 tahun lalu di " haramkan ", dengan bijikasana beliua UMNO BARU di gantikan dengan UMNO asal.
Cuma persoalannya, gulongan mana pula yang " merobohkan " ketuanan UMNO itu dan gulongan mana pula yang masih mengiktiraf UMNO sudah pun berusia 63 tahun?
1.
Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan
sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak
dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan
UMNO 1946.
2. Pada
1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk
menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari
kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan
British dan hilangnya Melayu di dunia.
3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada
masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain
yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau
niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.
4. Oleh
kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua
orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang
berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.
5. Maka
bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa
mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua
Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang
berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.
6. Dan
berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci,
perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara
mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar
British.
7. Dan
berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah
terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara
bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan
Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa
Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.
8. Itulah
UMNO enampuluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua
yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada
orang Melayu.
9. Tetapi
tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak
lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat
dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.
10. Kenapa?.
Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO
ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang
tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan
pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.
11. Untuk
ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar,
kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah
hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu.
Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama
yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk
pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.
UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi
kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu
banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah
tidak sebanyak sebelum berkongsi.
12. Apa itu
perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada
dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu,
yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan
untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu
perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa
penyertaan Melayu lain.
13. Kesannya
ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah
orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak
dibenar masuk UMNO lagi.
14. Yang
boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang
sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan,
yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua
cawangan.
15. Ketua
cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati
pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya
tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu
kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali
pengganti mengambil alih.
16. Dan ini
akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang
pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang
berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun
yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan
terdiri dari yang tidak berkebolehan.
17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.
18. Melihat
UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk
bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa
mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan
kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan
sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan
kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.
19. Mungkin
kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang
terbanyak dalan PRU 13. Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih
sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka
tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang
bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali.
Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin
memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi
orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun demikian dalam PRU 14 UMNO
tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan
dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari
jaguh yang lain.
20.
Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan
usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan
yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain.
Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya.
Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata
hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi.
Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu
yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu
kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi
Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam
buku kanak-kanak dizaman akan datang.
21. Inilah
masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang
cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi
yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.
22. Kata
seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati
dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.
No comments:
Post a Comment