Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, June 21, 2013

SUDAH KAH KITA KENAL DIRI KITA?

 Malam semalam, jemaah masjid lama dalam siri Tazkirah Maghrib telah diketemukan dengan kitab baru - Manusia dan Islam dan penyampainya pula pegawai agama dari Ipoh. Ust. Nor Azam. Sebagai mukadimmah dalam tajuk " Manusia dan Agama " Jemaah telah didedahkan dengan " tingkap ajaib " dengan pendedahan " Siapa Kita "

A- Diri Kita - kita tahu orang dan orang tahu kita
B- Diri Kita - Kita tahu orang tapi orang tak tahu kita
C- Diri Kita - Kita tah tahu diri kita tapi orang lain tahu kita
D- Diri Kita - Kita tak tahu kita siapa dan orang lain juga tak tak tau.

Dari sudut penilaian, seseorang itu selalunya menilai dengan apa yang telah dilakukan sebaliknya orang lain menilia seseorang itu dengan apa yang mampu kita buat. Dengan itu selalunya setiap individu itu amat perlu sekali bertindak sentiasa dalam keadaan yang betul. Kerana segala-galanya adalah hak Allah. Juga Elakkan diri dari sentiasa memuji diri sendiri.

Rasulullah SAW. bersabda:
“Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.
Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: “Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku..?…
Orang itu menjawab: “Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang.”
Allah berfirman, yang artinya: “Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian.”
Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: “Kenapa kamu terbunuh..?” Jawab orang itu: “Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu.”
Allah berfirman: “Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut, malaikat juga berkata demikian.”
Kemudian datang orang ketika pula: “Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu..? “Jawab orang itu:
“Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah.”
Lantas Allah berfirman: “Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali, malaikat juga berkata demikian.”
Sabda Rasulullah SAW lagi:
“Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka.”

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA