KUALA LUMPUR: Seorang
pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menjelaskan
kehilangan 62, 286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang
dipamirkan.
Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Bin Mohd Sharif,
seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan
Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, 7 Jun.
"Saya membuat analisis
terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak
dikembalikan. Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada
pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti," kata Azlan dalam
suratnya.
Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di
Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin
pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum
PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013).
"Saya
sangat terkejut dalam analisa saya pada 27 hingga 30 Mei 2013 mendapati
53,045 undi hilang(berdasarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013), salah
kira undi, maklumat yang berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluarkan
di Parlimen dan DUN dan kerusi parlimen dan dun berbeza maklumat
sebelum dan selepas diwartakan.
"Saya mengetahui warta
corrigendum pada 31 Mei 2013 apabila mencari maklumat di website pejabat
peguam negara iaitu http://www.federalgazette.agc.gov.my/," katanya.
"Sehubungan
itu, saya ingin mendapatkan penjelasan pihak Yang Berbahagia Tan Sri
berkenaan KEBANYAKAN MAKLUMAT DALAM WARTA KEPUTUSAN PRU13 (22 MEI 2013)
DAN CORRIGENDUM KEPUTUSAN PRU13 (31 MEI 2013) BERBEZA DENGAN PENGUMUMAN
OLEH PEGAWAI PENGURUS (mengikut BORANG 16-Borang Keputusan Pertandingan)
pada 5 Mei 2013," kata Azlan dalam suratnya.
Salinan surat Azlan itu diperolehi Harakahdaily hari ini.
Surat itu turut diberikan salinan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
No comments:
Post a Comment