Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, June 2, 2013

SPR - APA LAGI KELENTONG MU.....


Pengerusi dan Timbalan SPR

Kg. Gajah 2 Jun 2013, deman PRU13 masih segar malahan kesegaran terus memberikan satu kekuatan kepada pemimpin parti untuk berusaha memperbaikai sistem pilihanraya itu sendiri. Sebaik selesai PRU13 pada 5 Mei tempoh hari, esoknya sudah kedengaran ada pihak yang akan mengeret PRU kali ini ke mahkamah. Team parti sedang berusaha untuk mengumpul maklumat dan menunggu sehingga keputusan itu wartakan, kerana untuk ke mahkamah ianya perlu 21 hari selepas di wartakan.

Jika PR ( Pakatan Rakyat - gabungan PAS, PKR, & DAP ) sebagai parti pembangkang memang amat wajar kepimpinan mereka mengemukan petisyen tersebut dan akhirnya hampir 28 buah kerusi parlimen akan dikemukan untuk tindakan mahkamah, hingga ada kalangan pemimpin pemerintah mengeluarkan kata-kata " cari lah negeri lain jika tidak sesuai dengan Malaysia " KDN dan " masuk hutan kalau tidak setuju dan pilinraya di Malaysia " Mantan Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Apa yang menyedihkan semua pihak menuduh kepimpinan dalam PR adalah kalangan yang tidak boleh menerima hakikat apa yang terjadi, tidak akur dengan kehendak rakyat, malahan mereka sanggup meneruskan kerja dan usaha " jalanan " untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan akhirnya:.....

BN sendiri tak peraya dengan SPR: 

Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Tindakan UMNO / BN ini bolehlah diibaratkan " meludah ke langit " kerana usaha selama ini telah memperlihatkan betapa lemahnya pertahanan mereka selama ini. Kebobrokan SPR terbongkar sudah dan apakah mereka ( pemimpin UMNO ) sedia menelan ludah mereka kembali?

Bagi Saifuddin Nasation “ Sekarang, Umno BN pun tidak percayakan kepada SPR. SPR harus ingat inilah padahnya apabila cuba mengkhianati amanah yang rakyat berikan untuk menikmati proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil,” 

Dengan petisyen dari BN sendiri sudah tentu ianya memberikan " bebanan " tambahan kepada SPR, ia juga mengesahkan dakwaan dari PR memang wujud kelemahan dan keurangan dalam PRU13 tempoh hari, dan apa lagi komen dari SPR. selama ini dengan berbagai-bagai alasan yang diberikan tapi dengan petisyen dari UMNO / BN itu sendiri apa lagi alasan yang akan di rekacipta oleh mereka nanti? Kita tunggu dan lihat perkembangan selepas petisyen masuk ke mahkamah nanti.


 Johari Abdul - MPT PKR

Bagi Johari Abdul ( gambar ) apa yang berlaku ini jelas memperlihatkan betapa kekadang kita terlupa yang dunia ini bulat, juga jika bercakap itu perlu berfikir tambahan jika seseorang itu di peringkat kepimpinan tertinggi. Ingat allah sentiasa bersama mereka yang benar.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA