Kg. Bandar Lama, Kg. Gajah 17 Jun 2013, semasa di meja 16, gerai Bunga Tanjung, dalam satu perbincangan, keadaan dunia yang sabagini " canggih " di semua aspek, nyatakan apa saja keperluan semua masa kini sudah di usahakan dengan penggunaan ICT. Malahan di sekolah rendah pun, kanak-kanak di darjah satu sudah menguasai penggunaannya, kadang kala mereka ( kanak-kanak ) yang memberikan tunjukajar kepada gulongan tua. Dunia sudah di hujung jari, maklumat bagitu mudah untuk di dapati tapi kenapa PDRM ingin kembali ke " zaman batu " buat kata pepatah " marahkan nyamuk kelambu di bakar "
Kes ragut sebenarnya sudah lama dan ia seolah-olah sudah menjadi darah daging kepada mereka yang menjadikan ianya satu punca pendapatan, dan ramai kalangan mereka yang terbabit juga ada kaitan dengan jenama " mat rempit " Tapi apa yang jelas pada penglihatan dan pengamatan kita sudah pasti kegagalan pihak PDRM untuk membenteras kegiatan " mat rempit " ini punca berluas-luasan berlakunya ragutan tersebut.
Pihak PDRM sudah hilang punca dengan jenayah ragut ini, akhirnya dengan perlantikan KPN baru Tan Sri Khalid Abu Bakar ( gambar bawah ) salah satu langkah yang agak "drastik" yang dicadangkan untuk
menangani masalah tersebut dengan " menghalang " rakan Mat Rempit untuk memasuki kawasan bandar raya, mengikut kajian PDRM 90 peratus jenayah jalanan
dilakukan oleh penjenayah bermotosikal.
Khalid berkata, " strategi itu mungkin dilihat agak drastik tetapi
tambahnya, jika ia boleh dilaksanakan di bandar besar di negara lain,
mengapa ia tidak boleh dilaksanakan di sini "
Persoalannya, Apakah cuma di Bandaraya sahaja yang berlaku jenayah ragut? atau apakah undang-undang " zon tanpa motor " ini akan di laksanana di bandar-bandar lain ? masa saja yang menentukan.
Cadangan untuk mengujudkan " zon tanpa motosikal " kesannya sama seperti bila mana pihak Majlis Daerah menguatkuasakan penyediaan " bonggol " di kawasan taman perumahan. Kata pepatah Melayu " seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terbalit " Oleh kerana segelintir antara mereka yang tidak memikirkan kesenangan orang lain, maka terpaksa semua orang menerima hukuman dari tindakan mereka. Akhirnya keluarlah kata-kata seperti " kenapa banyak sangat undang-undang di Malaysia ini yang sentiasa menyusahkan orang ramai? PDRM pernah mendapat jolokan salah sebuah pasokan polis terbaik di dunia
Kalau ianya menjadi kenyataan dengan cadangan ini, ianya memberikan kesan cukup negatif kepada PDRM itu sendiri, apa tidaknya kerana ia melambangkan kehebatan PDRM selama ini di nafikan oleh kumpulan " mat rempit ".Mungtkin juga dunia akan mentertawakan kewibawaan pasokan ini. Persoalan bagini sudah pasti memberikan satu impak yang tidak kepastikan kepada rakyak terhadap kewibawaan PDRM itu sendiri.
Nampaknya kegagalan PDRM dalam mengatasi beberapa isu kaitan dengan " moral " rakyat kini di pulangkan kepada rakyat untuk menyelesaikan. Isu kenderaaan laju dalam kawasan perumahan ada " bumper " laju di lebuh raya ada AED, setiap rumah dan setengah bangunan amat diperlukan dengan ada CCTV. Moral yang rendah ini hanya dimiliki oleh sebilangan kecil rakyat sahaja, tapi kesannya perlu di alami oleh semua rakyat. Ini sudah jadi tak patut. Kenapa PDRM gagal menagani kesenangan untuk rakyat.
Apa yang menjadi titik permasalahan ialah kerana Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi tapi tidak berminat untuk menggunakan pendekatan yang tercatat dalam Alquran. Allah
telah tunjukkan dalam al Quran dua perkara pokok iaitu zina dan curi
bagaimana nak selesaikannya... tapi malang orang Islam masih bodoh dan ego dalam
hal ini.. tidak lain tidak bukan kerana mereka sombong dan takabur
dengan Allah!
Kenapa
pihak polis tak ambil contoh negera-negara Islam, dimana kedai boleh
ditinggal bergitu sahaja. Malah motosikal boleh ditinggalkan ditepi
jalan dengan kunci masih tersangkut dimotor. Tak ada yang nak ambil?
No comments:
Post a Comment