Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, May 6, 2013

PRU 13 - PRU TERAKHIR UNTUK NAJIB.


PLEASE accept the results.” (Tolong terima  keputusan). Demikian kata penyudah Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dalam sidang akhbar ketika menerima kemenangan Barisan Nasional dalam PRU 13 di Ibu Pejabat Umno sebentar tadi.


Yang jelas dan nyata, sekalipun menang, prestasi BN di bawah Najib adalah lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi di mana BN kehilangan lebih banyak kerusi parlimen iaitu hanya memperolehi 133 kerusi parlimen berbanding 140 yang diperolehi pada tahun 2008.

Ini menunjukkan juga kepimpinan Najib adalah lebih lemah daripada Pak Lah. Dan beberapa hari sebelum pilihanraya berlansung Tun Dr. Mahathir menyatakan Najib perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini. - Mahathir.
Kedua-dua kenyataan adalah petunjuk yang " buruk " untuk kempimpinan Najib. Apakah Najib di arahkan bersara jika tidak bertambah baik dari 2008? Hanya UMNO yang tahu.


Paparan di atas jelas menunjukkan, walaupun cuma memilik 89 kerusi namum suara ramai memihak kepada PR, jauh berbanding dengan BN.

Dengan itu, Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Cuma Kedah di rampas kembali tetapi gagal untuk 2/3 majoriti. Pencapaian 2013 lebih teruk dari 2008, kerana di PRU 13 ini beberapa negeri telah ditembusi oleh calon-calon PR contoh Melaka, Johor, bagitu juga dengan negeri simpanan tetap BN ( Sarawak & Sabah ) di " cerobohi " dengan hebat sekali.

Walau pun dengan " ubah " dan " ini kalilah " gagal untuk mengusasi kerajaan pusat namum ianya berjaya memperluaskan jajahan taklok dan PR terlah diterima oleh rakyat. Kita boleh perhatikan bagaimana hampa dan kecewanya UMNO khusus ini Selangor, walau pun ianya dibawah pimpinan PM sendiri tapi masih gagal dan bukan gagal tapi kerusi di milik oleh PR bertambah. Kini Selangor PR 44 dan BN tinggal 12. Akhirnya jentera propagandanya memberi gambaran Selangor dalam tangan dan Kelantan ada harapan. Cakap besar Selangor akhirnya memakan diri sendiri. 

Paling sedih di Pulau Pinang di mana tragedi Gangnam memakan diri sendiri, " are ready for BN " di sambut dengan " No ", penguasaan Gerakan dan MCA terus punah. Mereka kaum Cina terus menolak BN. Ianya memberikan satu kejutan yang memeranjatkan pada Najib. Atau apakah kaum Cina sudah hilang kepercayaan kepada BN?

Apakah sudah ujudnya " Chinese tsunami " ini adalah ungkapan dari PM sendiri, atau mereka dari kaum ini sudah besedian untuk melahirkan masyarakat " majmuk " yang hidup dalam keadaan yang lebih selesa dengan harmoni dan kekayaan negera di kongsikan sesama rakyat.

Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?
Walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi kekuatannya dalam semua DUN merosot. Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri.
Di pihaknya pula, PR hendaklah menerima keputusan pemilih dan sebarang ketidakpuasan dan pertikaian hendaklah diselesaikan mengikut peraturan dan undang-undang dan bukan dengan protes jalanan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA