Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, May 13, 2013

MUNGKINKAH BN TUMBANG SELEPAS DIWARTAKAN?



Mengikut pendapat beberapa penganalisis politik tanah air BN mungkin boleh tumbang selepas ini melalui petisyen yang dibuat.

Manakala penasihat DAP, Lim Kit Siang juga berkata, jika usaha untuk membuat petisyen berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.

Katanya lagi "BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan,"

Lim Kit Siang memberitahu, pihak DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.

"Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," katanya.

Manakala PKR telah melantik Rafizi Ramli untuk mengetuai bantahan serta membuat petisyen untuk PRU ke-13 kali ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA