Kuala Lumpur: Seorang penganalisis politik menggariskan lima sebab
mengapa kaum Cina menolak MCA dan GERAKAN pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13), kelmarin.
Sebab utama ialah mereka terpengaruh dengan
slogan DAP iaitu ‘Wu Yue Wu, Huan Zheng Fu’ (Lima Hari Bulan Lima,
Tukar Kerajaan), sekali gus mengakibatkan ‘tsunami kaum Cina’.
Prof Dr Hoo Ke Ping berkata, faktor kedua ialah PAS yang turut
memberi tumpuan kepada pengundi Cina sehingga sesetengah pemimpin
kanannya sanggup menggugurkan tuntutan negara Islam dan hukum hudud yang
diperjuangkan mereka selama ini.
kempen dan strategi parti berorientasikan kaum Cina iaitu MCA dan GERAKAN dilihat sangat tradisional dan kolot. Saya pernah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan GERAKAN supaya melawan pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu," Prof Dr Hoo Ke Ping, penganalisis politik
“Ketiga, kaum Cina mempunyai aspirasi tinggi untuk memegang
kuasa dan ia boleh dilihat apabila BN tumbang seperti di Pulau Pinang
dan Selangor.
“Keempat, pemimpin kanan DAP seperti
Penasihatnya, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan
kaum Cina.
“Kelima, kempen dan strategi parti berorientasikan
kaum Cina iaitu MCA dan GERAKAN dilihat sangat tradisional dan kolot.
Saya pernah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pusat MCA dan GERAKAN
supaya melawan pembangkang habis-habisan, tetapi mereka tidak mahu,”
katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Pada PRU-13 kelmarin, MCA
memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya,
dan hanya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN
yang ditandingi.
Pada 2008, MCA memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.
MCA perlu lakukan pembaharuan
GERAKAN pula hanya memenangi satu kerusi Parlimen, Simpang Renggam,
daripada 11 kerusi diperuntukkan, dan tiga kerusi DUN iaitu Pemanis,
Johor; Tanjong Papat dan Elopura, Sabah daripada 31 kerusi ditandingi.
Mengenai masa depan MCA, Ke Ping berkata, parti itu perlu melakukan
pelbagai pembaharuan, termasuk merombak kepemimpinan untuk terus kekal
relevan dalam politik negara ini.
“Bagi GERAKAN, secara
peribadi saya berpendapat parti itu sudah tidak boleh hidup lagi kerana
dua kali kalah teruk dalam pilihan raya umum, selain tidak mempunyai
hala tuju dan kepemimpinan yang agresif,” katanya.
No comments:
Post a Comment