Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, May 18, 2013

1MALAYSIA - GAGAL KE MATLAMATNYA

PRU 13 memang tidak dinafikan telah di istiharkan sebagai " ibu " kesemua PRU di Malaysia. Sebermula di PRU12 ( 2008 ) dengan kegagalan BN untuk memerintah selesa dengan 2/3 kerusi diperlimen dan akhir Tun Dollah di " paksa " turun dari kerusi PM dan Najib menggantikan. Sebermula di PRU12 ini telah memperlihatkan bagaimana UMNO / BN mula goyah di persada pemerintahannya.

Politik negara mula cemas dengan kehadiran semula Anwar di persada politik negara dengan kembali semula ke perlimen dan dilantik sebagai ketua pembangkang. usaha beliau kian hari kian membenihkan sesuatu untuk rakyat Gagasan Pakatan Rakyat ( DAP, PKR dan PAS ) di ujudkan walau pun di " halang " oleh ROS untuk tidak menggunakan satu lambang. Hari demi hari menampakkan kematangannya, dan 11 PRK selepas 2008, 8 dimenangai oleh PR. PR mula diterima oleh Rakyat.

Gagasan Pakatan Rakyat berjaya memberikan satu " ugutan " kepada UMNO / BN, tambahan pula kebangkitan rakyat kian hari kian membara. Rakyat mula sedar untuk memberikan satu " pukulan " kepada UMNO /BN. Gandingan ketiga-tiga parti ini telah membibitkan rasa cemas, UMNO mula merasakan ada kepedihan dengan gabungan tersebut.

Sebaik sahaja Najib mengambil alih tampoh pemerintahan dari Tun Dollah, Gagasan 1Malausia telah di kenalkan dengan berkonsepkan PENEREPAN TERAS-TERAS PERPADUAN dan PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI. Dengan itu sepanjang tempoh lahirnya Gagasan 1M ini sehinggalah perlunya diadakan PRU13. Tapi apa yang menyedihkan ialah apakah benar pihak kepimpinan UMNO bercita-cita untuk melaksanakan cita-cita dan harapan dalam 1M.

Ini inti pati - Gagasan 1Malaysia betujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cararan, yang bertujuan menggugat kesajahteraaan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenunhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Gagasan 1M juga menuntut setiap warganegara dan pemimpin memiankan pernanan masing-masing." kita berdiri, befikir dan bertrindak sebagai bangsa Malaysia " 

Keangguhan kepimpinan dalam menangani " perubahan " rakyat ini telah menyebabkan apa yang tercatat dalam Gagasan ini di musnahkan, lihat sahaja kalangan mereka ada yang sanggup mengadu dumpa sesama rakyat, di satu sudut Islam sebagai pemusnah dan di satu tempat pula " orang asing " adalah cuba merampas harta kekayaan pribumi. Akhirya cita-cita gagasan menjadi igauan semata-mata.

Kewujudan parti politik " sebangsa " juga menjadi agen kepada gagalnya untuk penyatuan tersebut. UMNO contohnya sudah hampir 60 tahun masih tetap dengan " keMelayuannya ", PAS DAP juga demikian. Anwar telah membuahkan sebuah parti yang di anggotai oleh pelbagai kaum, PKR ( Parti Keadilan Rakyat dulunya Parti Keadilan Nasional ) Kewujudan PKR ini juga berjaya menambahkan lagi kekuatan parti yang dianggotai oleh semua bangsa PR ( Pakatan Rakyat - DAP, PAS, PKR )

 
Satu dari coretan kempen di PRU13, 
tapi apakah yang terjadi salepas PRU13?


Tapi amat malang dengan berakhirnya PRU13, undian dari Cina sudah tidak memihak kepada UMNO / MCA / BN. Calon MCA hampir pupus di parlimen. Sebenarnya Najib perlu mengimbau kembali situasai di Pulau Pinang dengan Gang Nam, di mana masyakarat Cina menjawab persoalan " are u ready for BN " secara spontan mereka menjawab " No, No ,No "

Tatkala Najib, UMNO, bekas hakim dan sekalian akhbar dan blogger pencacai meniupkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia dengan menyeru dan terus menghasut bangsa Melayu membenci kaum Cina kerana tertekan dengan keputusan pilihanraya yang lalu, sebilangan besar rakyat pula di bawah Pakatan Rakyat memupuk perasaan saling menyayangi dan rasa persaudaraan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Dengan kegagalan menguasai undi kaum Cina itu, maka bermula babak percaya tidak mempercayaai kaum lain yang ada di Malaysia. Malahan kelihatan juga kalangan menteri yang " hilang " keyakinan diri untuk mentadbir dan mengeluarkan kata-katan yang diucap tanpa berfikir.



Ungkapan Zahid - amat mengecewakan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA