Satelah menghampiri 60 tahun bekuasa kini UMNO / BN sudah selayaknya untuk ditalqinkan pemerintahannya. Kalau seorang bayi di layirkan semasa UMNO mula memerintah dulu kini sudah pun bernikah dan bercucu mungkin juga bercicit. Lamanya pemerintahan ini sudah dapat di lihat dengan berbagai-bagai masalah dan kaitan dengan teori RAHMAN juga sudah sampai ke penghujungnya. Dengan itu UMNO / BN sudah sampai ke peringkat " do or die "
Dulunya Perikatan dan kini Barisan Nasional kini tak di sangka-sangka di PRU13 ini sedang menghadapi satu cabaran hebat. Tsunami PRU12 yang meninggalkan kesan cukup menyedihkan dan kegagalan untuk meraih majoriti 2/3 dan di PRU13 ini memungkinkan mereka ( UMNO / BN ) akan hilang kuasa.
Gaya dan " style " yang di bawa oleh kepimpinan UMNO telah berjaya menyerapkan budaya " bodoh dan diperbodohkan " untuk ahli-ahlinya. Untuk
itu kini UMNO sudah sampai ke peringkat " change or die " ubah tingkah laku atau menghadapi kekalahan di PRU nanti. Tapi kini ianya sudah di peringkat " injury time " nasi sudah menjadi bubur.
Kalau diperhatikan politik di Malaysia sentiasa segar, kesegaran ini memperlihatkan kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang saling " kuat sama kuat " kerana ini dibuktikan dengan sokongan yang mereka perolehi. Cuba kita perhatikan sejarah PRU di negara ini:
Sejak PRU 1959, pembangkang sentiasa memperoleh lebih daripada 34% undi popular. Prestasi paling buruk pembangkang adalah dalam PRU 1995 apabila ia memperoleh 34.9% dan paling baik pada 1969 dengan 55.1%. Pada 1964 pembangkang mendapat 41.8%, 1974 49.3% (PAS menyertai BN), 1978 42.8% (PAS dipecat daripada BN), 1982 39.5% (PRU pertama Dr Mahathir/Anwar Ibrahim masuk Umno), 1986 42.7%, 1990 46.6% (Ku Li keluar Umno), 1995 34.9%, 1999 43.5% (pemecatan Anwar), 2004 36.2% dan 2008 48.6%.
Pada PRU 2008, BN memperoleh 51.4% undi di peringkat parlimen, tetapi
berjaya menguasai 140 kerusi Dewan Rakyat. Ini bermakna walaupun
gabungan DAP-PKR-PAS dan parti-parti kecil lain mendapat 48.6% undi,
mereka berjaya menguasai 82 kerusi sahaja.
Untuk itu sebagai persiapan ke Putra Jaya, kini PR perlu berhati-hati dan memberikan perhatian secara khusus bagi memastikan kemengangan tersebut. Apa yang dapat di perhatikan rekod pemerintahan BN asalnya Perikatan kini kepimpinan mereka sudah leka dan sombong akibat kuasa dan kejayaan tersebut. Kepimpinannya menjadi birokratik dan feudalistik. Pewarisan menjadi sukar dan kerap disabotaj oleh “warlords” di peringkat cawangan dan bahagian. Ramai pemimpin naik kerana senioriti, main selamat, mengampu dan dinasti.
Untuk itu sebagai persiapan ke Putra Jaya, kini PR perlu berhati-hati dan memberikan perhatian secara khusus bagi memastikan kemengangan tersebut. Apa yang dapat di perhatikan rekod pemerintahan BN asalnya Perikatan kini kepimpinan mereka sudah leka dan sombong akibat kuasa dan kejayaan tersebut. Kepimpinannya menjadi birokratik dan feudalistik. Pewarisan menjadi sukar dan kerap disabotaj oleh “warlords” di peringkat cawangan dan bahagian. Ramai pemimpin naik kerana senioriti, main selamat, mengampu dan dinasti.
Salah satu cara untuk memastikan kesinambnngan kepimpinan tindakan majlis tertinggi PR untuk meletakkan calun-calun muda yang berwibawaan amat tepat sekali. Calon-calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih,
telus dan berwawasan.
Jurutera muda, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina ( baju kuning ) malam tadi diumum
sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Merbok bagi mempertahan kerusi
yang dimenangi oleh Datuk Rashid Din pada PRU 12. Berusia 38 tahun, beliau adalah Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.
Memang tidak dinafikan Gagasan Pakatan Rakyat baru berusia setahun jangung tapi kemampuan mereka luar biasa dan dengan itu semua permasalahan perlu di jauhi dan setiap keputusan secara muafakatan perlu di dahului buat kata pepatah " seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak " bertegaslah dengan mereka yang menimbulkan. Tindakan pembersihan tidak kira siapa sama ada ahli biasa, YB-YB, senator atau ahli exco, yang membebankan parti.
PR amat perlu mengambil kesempatan di atas kekelambutan yang berlaku di BN. BN sudah sampai ke persimpangan yang sangat mencabar. Tersalah pusing,
BN mungkin berubah daripada MASIH berkuasa kepada TELAH hilang kuasa.
Diukur daripada undi popular, pembangkang sudah ada bilangan dan
momentum. Yang mereka tidak ada adalah bilangan kerusi. Cabaran kepada
BN lebih getir seandainya parti-parti Pakatan Rakyat bijak dan tepat
mengatur serta membahagikan kerusi. Wallahualam.
BN wajib menerima hakikat bahawa PR mempunyai nisbah pemimpin muda dan
berpelajaran yang lebih besar daripadanya. Ini menyebabkan PR dilihat
sebagai lebih mesra generasi muda.
Mampukah Najib melaksanakan cadangan "pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan rasmi. Kwang...kwang...kwang...
No comments:
Post a Comment