Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, April 17, 2013

PRU 13 - KINI O PKR 3 BN

Menjelang tarikh 20 April 2013, hari penamaan calun untuk PRU 13, kedudukan kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Pasir Salak dan dua DUN Kg. Gajah dan Sungai Manik, jelas akan di menangani semula oleh penyandang - UMNO / BN. Agihan pada 2008, PKR akan bertanding di Parlimen Pasir Salak dan DUN Sungai Manik dan PAS di DUN Kg. Gajah, masih di guna pakai oleh PR - Pasir Salak. " Status quo " masih diguna pakai untuk PRU13 ini.

PASIR SALAK:
SDRA MUSTAFA KAMIL AYUB (PKR)
 DATO' TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (BN)

PARLIMEN


Apakah bertemuan kedua antara mereka ini akan menghasilkan sesuatu, khususnya untuk Sdr. Mustafa Kamil Ayub ( MKA ) sendiri. Bagi Sdr. MKA beliau perlu ingat pertandingan ini laksana " langit dengan bumi " khususnya " Ringgit Malaysia "  juga kaitan dengan logistik dan " man power ". Apakah dengan majoriti yang tipis pada 2008 akan memberikan satu perubahan baru kepada MKA. Itu adalah perancangan dari Allah.  

N.48 SUNGAI MANIK: 

DATO' ZAINOL FADLI PAHARUDDIN (BN)

HJ. OTHMAN (PKR)

N.48 SUNGAI MANIK

 Benarkan masyarakat Cina sudah berubah dan mereka inginkan satu yang baru, kali ini ujian untuk PR - jika benar-benar masyarakat Cina sentiasa bersama PR - calon PR dari PKR Tn. Hj. Osman besar kemungkinan boleh menang.

 

N.49 KAMPUNG GAJAH: 
DRS. ISHAK SHAARI (PAS)
ABDULLAH FAUZI AHMAD RAZALI (BN)

N.49 KAMPONG GAJAH

 Kedua-dua calon ini adalah muka baru, dan mereka belum pernah di uji, cuma di DUN Kg. Gajah banyak " advantage " kepada BN, kerana mereka ada fixdeposite dengan orang Asal. Pada PRU12, peti undi dari kawasan orang Asal adalah penyelamat kepada BN.

Bagaimana calon PR - baik dari PAS mau pun PKR 
untuk berdepan dengan BN........
 
Dalam keadaan serba serbinya kurang, baik dari segi sumber kewangan, keahlian, tenaga kerja dan yang paling sedihnya tahap disiplin ahli juga amat meruncing sekali. Dalam tempoh kurang dari 2 bulan kumpulan ahli meninggalkan parti, mereka kembali ke pangkuan UMNO. Wadah perjuangan hanya dengan UMNO sahaja.

Pertama dengan di ketuai oleh Hj. Mothar yang juga anggota jawatankuasa Cabang, beliau berjaya membawa bersama-sama hampir 300 orang ahli, borang permohonan di terima sendiri oleh Ketua Bahagian UMNO - Tajuddin Abdul Rahman.


Ahmad Taufik ( baju t bebelang  ) berpelokan dengan YB Tanjuddin 
di Majlis penyerahan borang kembali ke pangkuan UMNO tempoh hari.

Selang beberapa minggu kemudian, PKR Cabang Pasir Salak, menerima satu tamparan hebat di mana Setiasuaha Cabang dengn hampir 100 orang ahli juga turut kembali ke pangkuan UMNO, kembalinya beliua sudah pasti memberikan kesan buruk kepada PKR itu sendiri, apatah lagi dua kerusi di parlimen di tetapkan untuk PKR. Mengapa harus berlaku demikian. Di mana silapnya.

Minggu lepas ada juga kalangan dari PAS yang menyertai UMNO semasa ceramah UMNO bersama YB Zulkifli Nordin.

Ini komen Sdr. Taufik -

"Kami bertindak keluar parti atas kesedaran anggota yang sudah bosan dan tidak yakin dengan kepimpinan PKR yang gagal membela nasib rakyat terutamanya orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Ahmad Taufik berkata tindakan itu juga berikutan kecewa dengan sikap pemimpin parti yang enggan mendengar suara akar umbi.

"Berjuang dalam pembangkang tidak mendapat apa-apa pengiktirafan daripada pihak kepimpinan atasan termasuk dalam soal pemilihan calon untuk pilihan raya umum ke-13 yang dilakukan tanpa berbincang dengan kepimpinan akar umbi," katanya.


GM mendoakan agar ahli PR ( PAS & PKR ) komitmen harus jitu dan padu, untuk menentang UMNO adalah satu perkara yang agak sukar, tapi ketentuan Allah juga memainkan peranan. Tidak terpilihnya Ketua Puteri untuk DUN Kg. Gajah mungkin memberi sinar kepada calon-calon dari PR. Teruskan usaha, tingkatkan komitmen, kuat dan kukuhkan saf kepimpinan serta buatkan setiap isu yang remeh, selesaikan secara musyawarah.

SELAMAT BERTANDING CALON-CALON PR

INSYALLAH - ALLLAH BERSAMA PERJUANGAN ISLAM.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA