Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 15, 2013

NAJIB - DI CEMBURUI OLEH MAHATHIR.

Apakah sebenarnya penglibatan Mahathir dalam kancah PRU13 ini memberikan keuntungan atau pun pulangan kekuatan untuk BN itu sendiri. Kerana tindak tandung beliau seolah-olah memberikan laluan dan pertolongan kepada PR. Tindakan beliau yang " counter productive " untuk UMNO itu juga seperti kata pepatah " lontar batu sembunyi tangan " Kekuatan alasan ini berikutan tindakan beliau berkehendakkan Ibrahim Ali, Presiden Perkasa menjadi calon BN dalam pilihanraya kali ini. Tindakan dan kemahuan beliau ini bertentangan dan tidak selari dengan perkembangan kemajuan pemikiran rakyat hari ini.

PM Najid, lidahnya kelu untuk menyuarakan bantahan kerana sudah termakan budi kerana dengan kehendak Mahathir juga lah Najib di anggat sebagai PM setelah Pak Lah penat melayani dan tekanan dari Mahathir tempoh hari. Dengan munculnya semula beliau dalam kancah politik tanah air menjadi beban besar kepada UMNO dan membuatkan parti itu tidak dapat melaksanakan perancangan parti dalam PRU ini kerana terganggu dengan campur tangannya. Mahathir tidak bertindak seperti Abdullah Badawi, Pak Lah senyap dan meninggalkan parti kepada Najib, dan membiarkan Najib mengemudi parti ikut selera sendiri.

Cuba kita perhatikan dalam keadaan Najib sedang berperang dengan rakan-rakan dalam BN - peperangan antara kaum di kaitan pula dengan tindakan segelintir NGO yang cara terangan juga tidak memihak kepada agenda " penyatuan kaum " sebaliknya Mahathir terus menyokong kumpulan ini. Kenapa harus beliau merendahkan " kehebatan " kepimpinannya dengan yang satu masa dulu di sanjung, tindakan menjadikan " isu perkauman " bahan kempen melambangkan betapa rendahnya moral beliau masa ini.

Negara majmuk seperti Malaysia mempunyai matlamat penyatuan kaum sebagai agenda nasional kita. Oleh itu demokrasi kita ini mesti berlandaskan pada penyatuan kaum dan jangan sekali-kali memecahkan perhubungan di antara kaum semata-mata untuk demokrasi acuan beliau itu. Mahathir tidak perlu menyentuh isu perkauman kerana selama ini BN sendiri yang memperjuangkan isu ini. Tetapi apabila BN sudah jelas menghadapi tentangan kerana kelemahan yang lain, memilih untuk memecahkan perpaduan kaum itu adalah tindakan yang kurang bermoral.
Kini PR - dengan gabungan parti dari pelbagai bangsa dan kaum selari juga dengan perjalanan BN itu sendiri dan sudah tentu perjuangannya untuk melihat sendiri bagaimana masyarakat majmuk di Malaysia boleh hidup selesa. Dr. M boleh menidakan usaha PR ke arah tersebut kerana beliau perlu menyokong BN, tetapi janganlah hendaknya terkeluar daripada lunas demokrasi yang kita sedang perjuangkan. Semata-mata kerana BN menghampiri kekalahan, beliau sanggup membinasakan asas kehidupan bermuhibbah di antara kaum itu. Dalam satu-satu tindakan kita mesti ada etikanya, ada moralnya dan lebih-lebih lagi ada agamanya. Jangan terkeluar dari garisan kerana keluar garisan itu adalah salah dan kurang bermoralnya.

Tindakan Mahathir kini seperti " tikus membaiki labu ". Sebagai seorang pemimpin " senior " dan setakat ini yang paling lama menjawatan PM, beliau perlu mempunyai tata-cara yang baik untuk membantu BN itu. Kalau berhujah itu, jangan berhujah secara loyar buruk. Beliau mesti sedar yang beliau bukannya muda lagi.
Jadilah seorang ‘elder statesman’ yang dihormati. Jika tua kita mesti tunjukkan ketuaan kita. Jangan kita tunjukkan kelemahan kita dengan melanggar budaya dan sopan kita masyarakat timur ini. Rakyat memerhatikan semua tingkah laku pemimpin dan sikap pemimpin itu menjadi isu yang utama yang dijadikan asas untuk memilih.

Atau apakah Mahathir kini sudah tidak faham dengan amalan " Demokrasi ",  perjuangan dalam amalan demokrasi ini bukan setakat hendak menang dan mengalahkan pihak lawan sahaja. Kita mesti terima demokrasi dengan semangatnya sekali. Kalau rakyat mahukan pihak lain untuk memerintah, kita perlu menerimanya. Terimalah semangat demokrasi ini dengan baik dan jika sudah sampai masanya bagi BN untuk menduduki petak pembangkang, kita terima sahaja. Janganlah di pecahkan rakyat berbilang kaum ini. Rakyat pun mahu melihat ‘kepanasan’ politik ini ‘disejukkan’ secepat yang mungkin. Jika ditakdirkan BN menjadi pembangkang jadilah pembangkang yang baik.
PAS dan DAP sejak dulu lagi menjadi pembangkang. Jika kali ini mereka menjadi kerajaan itu bukannya jenayah demokrasi. Mempertahankan kuasa kerajaan dengan memecahkan kaum yang berbilang itu, adalah jenayah. Jika berlaku pergaduhan hasil dari kenyataan Mahathir ini, ia merupakan hasil dari kenyataan yang ber’elemen’kan jenayah.

Mahathir perlu sentiasa peka dan berhati-hati dalam kenyataan, beliau juga perlu ingat siapa dia, dia bukannya bekas Ketua Pengarah KEMAS atau bekas Ketua Pengarah JASA, tetapi bekas Perdana Menteri yang paling lama mentadbir negara. Sepatutnya adalah sedikit perbezaan dengan pemimpin lain jika benar beliau itu seorang negarawan. Memecahkan perhubungan di antara kaum itu merupakan satu tindakan ‘treason’ dari sudut moralnya, atau mungkin dari sudut undang-undangnya. Lebih-lebih lagi ia bersalahan dengan kehendak mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Sebagai renungan, hakikat negera yang mengamalkan demokrasi, jika berlaku berubahan kuasa rakyat dan kerajaan yang ada amat perlu merima hakikat yang apa yang berlaku, peralihan kuasa itu bukannya jenayah dan tidak merupakan tindakan jenayah.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA