Tsunami PRU 12, 2008 menampakkan betapa pihak pemerintah tidak boleh menerima kekalahan dan perubahan daya fikir masyarakat. Kekalahan mengejut ini menyebabkan daya fikir pemerintah ingin mencari jalan mudah untuk memperdayakan rakyat. Jalan terdekat ialah dengan mencipta " fitnah " boleh dikatakan semua agensi penyebar maklumat melakukan jenayah fitnah.
Fitnah di jadikan " modal " utama kepimpinan UMNO, boleh di katakan setiap masa ada saja isu fitnah yang di reka cipta. Kalau di sebutkan DSAI, sedih sekali, dari diri beliau seterusnya kepada kaum keluarga. Malang mereka terus di fitnah. Terakhir, Ahli Parlimen Lembah Pantai " the giant killer " yang berjaya menumpaskan Sharizat Jalil ( ketua wanita UMNO ) di PRU 12.
Selain dari keluarg Anwar ramai lagi kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat di dijadikan bahan " fitnah " ini. Akhirnya Tuan Guru Nik Aziz juga dilaporkan sedemikian. Pemfitnah dari papagomo contohnya, walau pun sudah berkali mohon maaf tapi tak serik-serik dengan kerja jahat itu. Melalui blognya, dan ada kalanya bahan fitnah ini di muatkan di dada akhbar perdana hak milik kerajaan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Baru-baru ini RTM juta terpalit dengan menyiarkan berita yang berunsur fitnah'
ALOR
SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan Radio dan
Televisyen Malaysia (RTM) membayar RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan,
Mohd Nasir Mustafa kerana menfitnahnya dalam siaran rancangan Titik
Sentuhan.
Pesuruhjaya
Kehakiman, See Mee Chun, mengarahkan defendan pertama dan kedua
masing-masing membayar RM25,000, defendan ketiga (RM70,000) dan keempat
(RM30,000) .
Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya yang dihadiri peguam Mohd
Nasir, Aminuddin Zulkipli dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala
Peguam Kanan Persekutuan, Ruzaimah Mohd Ridzuan mewakili defendan ketiga
dan keempat.
Pada 23 Mei 2012, Mohd Nasir menfailkan saman fitnah terhadap defendan
pertama, Mohd Hanafiah Hanafi, 65, defendan kedua, Zakri Suid, 40,
individu yang ditemuramah dalam rancangan itu, penerbit rancangan Titik
Sentuhan RTM 1, Hartini Haris (defendan ketiga) serta Ketua Pengarah
Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail, sebagai defendan keempat.
Nasir
menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi
melampau dan teruk, kos serta relif-relif lain yang sesuai dan patut
diberikan oleh mahkamah.
Beliau juga memohon perintah mengarahkan semua defendan meminta maaf
secara terbuka dalam rancangan Titik Sentuhan dan menarik balik
tuduhan fitnah serta perlu dibuat secara bertulis di muka hadapan akhbar
harian dari tarikh perintah writ saman.
Dalam
tuntutannya, Nasir mendakwa rancangan itu disiarkan dengan niat jahat
menfitnah beliau sebagai pemimpin yang gagal menunaikan tanggungjawab
dan tidak membantu menyelesaikan masalah penurapan jalan di Kampung
Hilir, Kubang Rotan” pada 18 Disember 2011.
Disebabkan itu, beliau terpaksa menanggung malu dan aib hingga
menjejaskan maruah diri serta keluarga.
Menurutnya,
RTM mendakwa jalan itu diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan
(ICU) sedangkan ia dilakukan kerajaan negeri pada 27 Julai 2011.
Sementara itu, ketika ditemui, Nasir bersyukur dengan keputusan itu
serta berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang kes
berjalan lebih setahun.
“Matlamat
sebenar tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah dalam
usaha mendapatkan sokongan politik dan ini selalu digunakan kelompok
media tertentu dengan menabur fitnah.
“Hak kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment