Panas: Sultan Sulu Rupanya 'Ahli UMNO' Berdaftar !!
Cubaan Kait Anwar Ibrahim Akhirnya Nama Najib Sendiri
Terpalit Memberi Janji Kepada Sulu.
Terpalit Memberi Janji Kepada Sulu.
Selain dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), terdapat banyak lagi NGO
menggesa agar rakyat tidak terkeliru dengan permainan jahat media arus
yang menggunakan segala macam helah untuk merosak pemikiran khususnya
berkaitan insiden di timur Sabah.
Baru-baru ini telah dilaporkan oleh
akhbar utusan (online) kononnya DS Anwar Ibrahim menjadi dalang
pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. Tuduhan tersebut hanya
berasaskan pendedahan risikan dari perisikan tentera yang mengesahkan
terdapat pertemuan antara DS Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum
pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.
Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis...
dari facebook Esmail D. Kiram 11
Dengan berlandaskan beberapa kenyataan SAMM serta NGOs lain menyelar kenyataan dangkal yang diterbit oleh akhbar milik Umno itu dengan memperingatkan beberapa perkara;
1. Bukan hanya DS Anwar Ibrahim yang
pernah bertemu dengan Nur Misuari, tetapi pemimpin MNLF itu pernah juga
ditemui oleh pembesar negara termasuk Najib dan Paklah.
2. MNLF menuntut kemerdekaan untuk
membentuk sebuah negara Bangsamoro di selatan Filipina atau lebih tepat
Mindanou, tiada kena mengena dalam tuntutan negeri Sabah oleh kesultanan
Sulu.
3. Antara asasnya Filipina menuntut
Sabah sebagai tanah kedaulatanya ialah sejarah Kesultanan Sulu yang
menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan berada di bawah
tanah kedaulatan Filipina kini. Juga tiada kena mengena dengan MNLF, Nur
Misuari dan juga Mindanou.
4. Malaysia juga ketandusan pemimpin
berani sejak dipimpin Umno hingga tidak mampu menyelesaikan isu tuntutan
Sulu ini secara tuntas dan Malaysia masih membayar USD5000 setahun
kepada kesultanan Sulu menurut perjanjian British. Ia juga bukan soal
MNLF.
Maka dinasihatkan kepada media sebelum
membuat sebarang pertuduhan dalam isu pencerobohon Lahad Datu, harus
lebih mengkaji sejarah dan mempelajari sudut geografi terlebih dahulu
agar tidak kalah saman ‘lagi’.
Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman. Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari (gambar).
Media arus perdana khususnya TV3 harus
lebih peka dengan apa yang telah berlaku di Sabah, seharusnya memberi
penerangan terperinci mengenai sejarah sebenar Sabah menyertai Gugusan
Malaysia. Namun TV3 telah menggunakan masa dan ruang penting hanya untuk
memburukkan Pakatan Rakyat. SAMM juga mencabar TV3 agar memberi ruang
kepada DS Anwar Ibrahim dan YB Tian Chua untuk menjelaskan apa yang
dituduh.
Ketika media arus perdana dan pimpinan
Umno menuding jari kepada Anwar, tidak disedari oleh rakyat Malaysia
bahawa telah dilaporkan oleh media Filipina bertarikh 21 Februari 2013
bertajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia”, pencerobohan
sekumpulan tentera Sulu ke Lahad Datu berpunca daripada janji Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk memberi penempatan kepada
waris kesultanan Sulu di Sabah. Kenyataan Nur Misuari ini dilaporkan
seminggu sebelum pertumpahan darah berlaku. SAMM minta Najib dan
Kerajaan Malaysia jawab segera kenyataan Nur Misuari untuk membersihkan
nama Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Sri Panglima Lokman Noor bin Adam
EXCO Pemuda UMNO - Malaysia Linison Office
The Sultanate of Sulu dan North Borneo
Datuk Sri Panglima Lokman Noor bin Adam
EXCO Pemuda UMNO - Malaysia Linison Office
The Sultanate of Sulu dan North Borneo
SAMM juga minta Najib Razak supaya
berhenti tunggang kesedihan kehilangan anggota keselamatan negara demi
kepentingan politik domestik. SAMM yakin dan percaya demi keselamatan
negara, Pakatan Rakyat sanggup untuk duduk semeja bagi bersama mencari
jalan menyelesaikan isu ini segera.
Namun apa yang berlaku ketika perajurit
negara berjuang hingga ada nyawa yang terkorban, Perdana Menteri sibuk
berkarnival di Perlis dan guna pentas sama menghentam Pakatan Rakyat.
Akhir sekali, SAMM menyokong penuh cadangan PAS supaya persidangan khas Parlimen dan pembentangan kertas putih diadakan segera.
Sekian,
che’GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
www.anakmudamalaysia.com
email: samm4anakmuda@gmail.com
No comments:
Post a Comment