Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 17, 2013

NAJIB - PRU13 BELUM BOLEH LAGI....



Terlebih dahulu rakaman tahniah dan syabas kepada DSN, kerana beliau adalah PM ke 6 yang amat mengharukan, beliau juga adalah PM yang menghabiskan tempoh pemerintahan sehinggan ke garisan penamat dan memerlukan masa tambahan untuk memberikan keyakinan bagi menghadapi PRU seterusnya. Beliau serba salah antara " boleh " dan " tidak " untuk mengekalkan pemerintahan penguasaan BN / UMNO dipersada pemerintahan. Atau apakah di zaman beliau UMNO " punah " dalam pemerintahannya.

Agak " melucukan " apabila Perdana Menteri tergamak untuk membuat perakuan bahawa beliau memerlukan masa tambahan sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum yang masih tak kunjung tiba lagi. Apa alasan Najib? Alasannya adalaha beliau perlu buktikan kepada rakyat terlebih dulu bahawa pelan serta agenda transformasi yang dibawanya berjaya. 

Kenapa agaknya Najib masih memerlukan masa untuk melakukan " transformasi " dan " reformasi " apakah dengan tempoh hampir 4 tahun Najib masih tercari-cari atau masih belum yakin untuk memastikan kemenangan atau merasakan tempoh tersebut beliau merasakan rakyat masih belum boleh menerimanya lagi? Atau beliau memerlukan lagi 5 tahun untuk meneruskan salah laku dan terus membohongi rakyat?
Memang Najib cuba untuk membuat satu sketsa yang penuh dengan kelucuan. Najib seolah-olah tidak sedar bahawa tempoh sah kerajaan yang sedia ada pada ketika ini sudah sampai ke penghujungnya. Sama ada beliau telah bersedia ataupun tidak untuk berhadapan dengan PRU ke 13 perlu ditempoh juga kerana tarikh akhir kerajaan yang ada ini akan tamat selepas 28 April yang akan datang ini. 

 Soalan berkaitan pilihan raya dalam rancangan  “Conversation with the PM” 
yang disiarkan di TV3 tempoh hari. 

 "Saya ingin memberitahu rakyat yang kita memerlukan kerajaan yang kuat untuk negara. Kita tidak boleh menerima ketidakstabilan dan ketidakstabilan ini yang akan menjadikan kerajaan lemah. Semua perkara yang baik telah dilakukan dan semua pencapaian yang telah kita lalui selama 50 tahun ini boleh dihakis dalam sekelip mata dan ini bukanlah untuk eksperimen.

"Ini adalah masa untuk kita semua meletakkan masa depan kepada kerajaan yang mempunyai rekod yang kukuh. Kerajaan yang mempunyai masa depan yang jelas. Kita tidak boleh memperjudikan kepada pembangkang sebab mereka tidak mempunyai platform yang kukuh serta masing-masing mempunyai ideologi yang berbeza. Mereka juga tidak berdaftar dan mempunyai tiga simbol yang berbeza. Mereka juga tidak dapat menentukan siapa yang akan memimpin sekiranya mereka menjadi kerajaan.

"Jadi pesan saya kepada rakyat Malaysia, kita mempunyai masa depan yang cerah," kata Najib lagi.

Kelucuan dan ketidakyakinan yang  ditimbulkan Najib ini telah meletakkan BN semakin jauh daripada pengundi. Walaupun perhimpunan Agung yang lepas telah memberikan " lampu hijau " untuk PRU13 tapi Najib mempersia-siakan. Ahli di 'grassroot' telah berusaha untuk " pertandingan " diPRU ini, sudah ada kawasan yang mungkin dua atau tiga pusingan menaikan bendera UMNO, ada bendera BN dah lusuh dan menyembah bumi kerana dipasang lebih setahun yang lalu kerana mereka percaya bahawa parlimen akan dibubarkan namun ia masih tidak mendatangkan hasil. Ada juga yang dijadikan pembungkus buah nangka.


Apa sebenarnya yang bermain diminda Najib sekarang ini adakah BN akan mendapat mandat lagi atau tidak daripada rakyat dan tidak timbul soal rakyat faham atau tidak transformasi yang di bawa oleh Najib. Dalam bab ini, Najib sememangnya perlu belajar daripada Pak Lah yang dengan tenang membubarkan Parlimen walaupun tidak sampai setahun menjadi PM gantian pada tahun 2004.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA