Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 31, 2013

KETUANAN MELAYU - HANYA RETORIK UMNO

Teng Chang Yeow..SU Agung Gerakan
Tranformasi umno be end yang terbaru adalah dengan pengumuman Setiausaha Agung Gerakan sebagai Pengerusi Be End Pulau Pinang oleh Pengerusi Be End Pusat yang juga Presiden Umno. Tahniah le kepada SU Agung Gerakan atas perlantikan ni dan takziah juga kepada Umno Pulau Pinang kerana bersungguh-sungguh berjuang untuk meninggikan martabat bangsa melayumnoo.

Cuba kita lihat dan perhatikan kedudukan kerusi di DUN Pulau Pinang, hasil dari PRU12 pada 2008 dulu, semua kaum kerabat BN gagal memenangi sebarang kerusi sebaliknya UMNO pula memperolihi 11 kerusi dan UMNO menjadi pembangkang tanpa pertolongan rakan-rakan gabungan yang lain. Bukan itu sahaja sebalinya agihan kerusi yang dipertandingkan pun memihat kepada UMNO. Lihat saja pada PRU 12 - UMNO 15, MCA 10, MIC 2 dan Gerakan 13. 

Dengan perlantikan Setiausaha Agung Gerakan ni, ianya memastikan puak-puak umno akan lebih bersemangat untuk berjuang dan memastikan agar Melayu di pulau ini terus berada diatas apatah lagi Pulau Pinang kini dibawah Ketua Menteri yang berketurunan Cina dari DAP. Semenjak PRU 12 hingga kini, pemimpin umno terus mengecam kepimpinan LGE yang dituduh mereka anti Melayu dan membela kaum Cina sehinggakan peruntukan untuk Majlis Agama Islam pun kini mencecah hinggakan RM 60 juta. Mungkin ini hasil perjuangan melayu Umno kerana sebelum PRU 12 peruntukan ni hanya sekadar beberapa juta RM je iaitu ketika umno berada didalam kerajaan negeri bersama rakan sekolenya Gerakan.

Mungkin dengan perlantikan ini juga merupakan satu tranformasi politik Be End setelah melihat kaum Cina kini bukan lagi menjadi aset penting kepada mereka. Pastinya Umno Pulau Pinang amat bersetuju dengan tranformasi ni kerana sebelum ini mereka mengharapkan agar Pengerusi Be End Pulau Pinang akan diterajui oleh pemimpin Melayu..Tranfomasi la katakan..dari jadi parti memerintah sudah jadi pembangkang..Bab Pengerusi Be End Pulau Pinang ni alamat jadi tradisi la.

Bilakah agaknya umno nak TEBAS puak Gerakan dari jadi Pengerusi ni..kan umno sudah jadi Ketua kat Pulau Pinang tu..Ketua Pembangkang la katakan..tak kan nak dok bawah je...takut kat Cina Gerakan tu ke ?.ooo mungkin tidak bagi umno ni..tu bukan takut...tu tranfomasi.
Woii..dulu Cina sikalang pun Cina maa ..haiya lu punya nasib laa umnooo..mungkin lepas ni umno akan kena talkin kot.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA