KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa
Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikenali sebagai penulis blog Papagomo,
adalah bekas anggotanya yang pernah disabit kesalahan jenayah.Dalam
satu kenyataan hari ini, Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza
Nazarene berkata, ekoran keputusan mahkamah itu, Papagomo yang
berpangkat konstabel itu telah dibuang kerja daripada pasukan itu sejak
September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.“Pada 6
September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman.
Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan
anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September tahun
lalu.“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM
sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.
Beliau berkata demikian dipercayai mengulas beberapa pendedahan sebelum
yang mendakwa Papagomo mempunyai dua rekod daftar pemilih iaitu sebagai
pengundi awam dan satu lagi pengundi pos.Kedua-dua rekod daftar itu
diperolehi dari sisterm semakan online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagaimanapun, selepas pendedahan itu dibuat, rekod Wan Muhammad Azri
sebagai pengundi pos dilaporkan telah dipadam.Sebelum ini juga, carian
dalam rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Wan
Muhammad Azri tersenarai sebagai pesalah rasuah.
Beliau pernah sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki
pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas
kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.
Nama Papagomo kembali mendapat tempat dalam pentas politik negara
apabila disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan
menyebarkan gambar dan kenyataan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu
di internet. ~harakahdaily
No comments:
Post a Comment