Najib masih belum yakin untuk mengadakan PRU13, Najib masih berteka teki dengan pembubaran parlimen, dan akhirnya Najib menasihat pembangkang agar menerima kekalahan dengan tidak mengadakan tunjuk perasaan dan terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Apakah nasihat Najib ini seperti biasa di mana UMNO suka bercakap terbalik. Kalau ayat itu kata " ya " maknya " tidak " dan bagitu le sebaliknya.
Ahli-ahli UMNO memang suka main belakang dan cucuk sesama sendiri jika hajat dan cita-cita mereka tidak tercapai. Tambahan pada PRU 13 ini Najib telah mengumumkan kaitan dengan " winable candidate ", dengan pengumuman ini sudah tentu ramai kalangan YB pada masa ini akan kehilangan kerusi.
Apakah YB Tajuddin akan di tiadakan
kita tunggu dan lihat
Parlimen Pasir Salak, salah satu dari yang di war-warkan berpindah tangan wakilnya. Apakah akan ada huru-hara nanti? Kita tunggu dan lihat saje.
Najib ( gambar ) juga memberi kreteria calun yang akan di calunkan nanti, dari kalangan mereka yang terpilih sebagai perwakilan dari setiap bahagian, Katanya, " Wakil yang terpilih pada tahun ini akan ditapis daripada
kalangan tujuh perwakilan bahagian yang datang ke Perhimpunan Agung
parti baru-baru ini ". "Nama-nama mereka akan diumumkan di bahagian dan setiap yang berlaku di
bahagian masing-masing akan ada wakil yang boleh pantau keadaan,"
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis
Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Najib selaku Presiden memutuskan dalam mesyuarat MT UMNO agar setiap bahagian akan ditempatkan seorang wakil Jawtankuasa Disiplin sebagai usaha untuk mengelakkan tindakan khiasnat dan sabotaj dari dalam. Ini bermakna semua bahagian UMNO ada wakil di mesyuarat jawatankuasa disiplin parti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sendiri.
Katanya, " mereka wakil Jawatankuasa Disiplin itu juga adalah untuk
membuat laporan ke pusat terhadap sebarang tindakan sabotaj supaya satu
tindakan awal boleh diambil "
"Kita telah menerima laporan audit sehingga ke peringkat Pusat Daerah
Mengundi dan ikut laporan audit, kita amat puas hati pada tahap
kesiapsiagaan sekarang," katanya.
Beliau berharap usaha-usaha untuk memantapkan lagi persiapan ini akan
diteruskan oleh pucuk pimpinan negeri, bahagian sehinggalah ke Pusat
Daerah Mengundi.
No comments:
Post a Comment