Berita panas yang baru disebarkan oleh Blogger King Jason dan sedang hangat diperkatakan di laman sembang sosial sekarang ini ialah perihal wajah sebenar anak kepada pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah
yang langsung tidak mencerminkan keperibadian ayahnya itu.
Foto aksi
anak perempuan beliau dengan pakaian tidak menutup aurat dan bergaya
seksi bersama dua lagi rakan yang lain menyerlahkan kepada rakyat
tentang apakah sikap sebenarnya Dr.Fadzillah terhadap Islam sebenarnya.
Maka itulah, paparan video yang kami buat berkenaan kritikan beliau
terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS kini semakin terserlah.
Pakar motivasi yang selama ini dsanjung tinggi oleh seluruh lapisan
masyarakat kini nampaknya bakal menjadi seperti Dr.Hassan Ali.
Cakapnya tentang Islam hanyalah dibibir semata-mata tetapi hakikat
sebenar hanya tuhan yang tahu. Malah, dari kenyataan Dr.Fadzilah tentang
tindakan mendoakan kehancuran terhadap UMNO atas kezaliman terhadap
rakyat di negara ini yang disanggah oleh beliau menampakkan ke mana hala
tuju politik beliau selama ini. Maka itu, dengan tersebarnya foto aksi
anak perempuan beliau ia mengesahkan lagi bahawa Dr.Fadzilah Kamsah kini bukanlah insan yang digambarkan oleh umat Islam di negara ini.
Tidak
cukup dengan itu kami juga menerima kiriman foto anak lelaki beliau
ketika zaman bercinta (sungguh romantik). Aksi-aksi yang dipaparkan itu
langsung tidak mencerminkan mereka adalah anak kepada seorang pakar
motivasi yang sering berbicara hal keluarga bahagia, mendidik anak dan
sebagainya. Rupa-rupanya, hasil didikan tersebut menyebabkan anak
sendiri tidak ketentuan. Patutlah beliau menentang Islam yang dibawa
oleh PAS, kerana dirinya sendiri tidak mahu menerima Islam sebenarnya
berlandaskan Al-Quran dan hadis. Jika inilah caranya, bukan sahaja
umat Islam rosak malahan generasi muda itu sendiri akan punah ranah.
Apakah layak beliau menjadi pakar motivasi jika ini caranya?.
Kenyataan beliau tentang Islam hanyalah "indah khabar dari rupa" dan akhirnya inilah yang terjadi apabila dia tergamak membiarkan anaknya sedemikian rupa sedangkan beliau selalu berbicara soal Islam di kaca TV. Apakah pakar motivasi sebegini yang wajar diikuti oleh umat Islam di Malaysia.
Justeru, daripada pendedahan yang dibuat ini maka
kini "tepuk dada tanya iman". Apakah
anda mahu terus menyaksikan dan menyokong beliau atau sebaliknya.
Saksikan foto dibawah ini dan berilah komen yang ikhlas apakah ini cara
mendidik anak berlandaskan syariat Islam seperti yang dibicarakan oleh
pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah selama ini?.
Semoga dengan ini
segala kekeliruan orang ramai tentang siapakah Dr.Fadzilah Kamsah ini
akhirnya terjawab. Bukanlah niat kami untuk menjatuhkan imej beliau,
tetapi melihat kepada kenyataannya terhadap perjuangan Islam yang dibawa
oleh PAS membuatkan pencarian siapakah sebenar pakar motivasi ini
akhirnya berjaya juga. Mana yang baiklah ambillah sebagai panduan dan
mana yang buruk jadikan sempadan. Jangan lupa dengarkan semula rakaman
video amatur tentang sikap beliau terhadap perjuangan PAS terutamanya
berkaitan dengan doa orang yang dizalimi di bawah:-
Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/02/panas-foto-sensasi-anak-drfadzilah.html#ixzz2LGoFzZ00
Allah telah tunjuk kebesaranNya, bukan salah anak-anaknya, ianya adalah sumber drp rezeki yg disuap oleh bapanya. kita nantikan lakonannya dan balasan dr Allah seterusnya.
ReplyDelete"saya seronok baca pendedahan ini, biar anak-anak kita dan masyarakat kita tahu siapa fadzialh kamsan"