Zambry Abd Kadir meminta agar sebarang spekulasi berkaitan pengagihan
kerusi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dihentikan segera
memandangkan belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu.
Merujuk kepada kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G.
Palanivel yang tidak bersetujudengan tawaran dua jawatan Senator sebagai
tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang, beliau yang juga
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata: “Kenyataan mengenai
perkara tersebut (tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana masih terlalu
awal untuk membuat sebarang pengumuman memandangkan ia belum pernah
dibincangkan bersama Barisan Nasional (BN) negeri,” katanya.
Malah, beliau sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.“Saya sangat terkejut dengan perkara ini (tawaran dua jawatan Senator untuk MIC melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang) kerana tidak tahu kenyataan yang dikeluarkan beliau (Palanivel) dan masih belum lagi berjumpa dengannya,” kata Zambry.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang.Palanivel memberitahu selain Hutan Melintang dan Buntong, parti mewakili kaum India itu tetap mahu bertanding di dua DUN berkenaan bagi melengkapkan empat kouta kerusi DUN Perak seperti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.
Berdasarkan budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke peringkat tertinggi parti.“Apa sahaja keputusan mengenai kuota kerusi telah dibincangkan sebelum ini dan apa juga keputusan yang diambil, ia seharusnya melalui semangat calon serta parti BN,” katanya.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Zambry menggesa Presiden MIC itu berhenti menggunakan media atau akhbar untuk meluahkan pendapat berkaitan perkara terbabit. ~orangni

No comments:
Post a Comment