Islam adalah agama yang merangsang otak manusia untuk berfungsi.Hal ini
disebabkan , ketika kita mencuba memahami bagaimana malam dan siang
terjadi seperti yang dijelaskan dalam Al-quran, tentu kita perlukan daya
imaginasi untuk merasakan kebesaran Tuhan dalam menciptakan alam
semesta, menumbuhkan aneka tumbuhan , dan bagaimana Allah menurunkan
hujan.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.(Ali Imran 190-191)
Walaupun ciptaan otak adalah hebat, tapi mengapa kita tidak menjadi pelajar yang lebih baik padahal kita memiliki 200 milion sel otak?(Ini bersamaan dengan makhluk di sejumlah galaksi)Mengapa kita tidak lebih baik dalam mengingat sesuatu hal padahal otak kita dapat menyimpan sekitar 100 milion bit informasi?(Ini bersamaan dengan 500 ensikklopedia)Mengapa kita tidak lebih baik dalam memahami sesuatu hal padahal otak kita mempunyai lebih dari 100 trilion sambungan?(Ini seperti komputer yang paling canggih)Mengapa kita tidak lebih kreatif padahal kita rata-rata melakukan 4000 pemikiran setiap 24 jam?
Hal ini disebabkan kita tidak menggunakan otak dengan cara yang betul. Selalunya manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada kemampuan otak. Kita terlalu sukakan kesenangan dan malas untuk berfikir yang menyebabkan kemampuan otak kita semakin mundur. Jadi bagaimana untuk meningkatkan lagi otak kurniaan Allah ini?Di sini ada tips yang boleh kita amalkan:
- Bersukan
- Makan epal dan sayur-sayuran
- Berpuasa
- Membaca Al-Quran, solat sunat dan berzikir
- Ajar ilmu yang diketahui pada orang lain
- Tingkatkan motivasi diri
- Sentiasa melakukkan aktiviti berfikir seperti sudoku
- Sentiasa belajar benda baru seperti melukis, belajar bahasa asing dan lain-lain.
Nota ; Otak orang biasa mampu menguasai sekurang-kurangnya 120 jenis kemahiran.Berapa jenis kemahiran yang kita kuasai?
10 Perkara Yang Merosakkan Otak
Assalamualaikum
dan apa khabar semua,harap2 sihat la ye,ok,hari aku nak kongsi untuk
korang semua tentang perkara yang boleh menyebabkan otak kita
rosak,jadi,korang boleh baca perkara tersebut dibawah :
1.Tidak mengambil sarapan pagi.Otak
merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak
25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras
gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada
otak.Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
2.Terlebih makan.Tidak
bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.Makan
berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus
untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada
otak.Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
3.Merokok.Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.
4.Mengambil Gula Berlebihan.Gula
yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan
nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5.Menghidu Udara Yang Tercemar.Otak
merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu udara
tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak.Berkawan dengan perokok
juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada
otak.
6.Tidur Yang Berlebihan.Tidur
adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun tidur yang berlebihan
menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
7.Tidur Dengan Menutup Muka.Tidur
sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku
atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap
dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan otak kekurangan
oksigen.
8.Kurang Berimaginasi.Berifkir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
9.Jarang Berfikir.Janrang
berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.
Maka,selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan
keupayaan otak kita.
10.Tidak Membaca Al-Quran.Al-Quran
merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t.Membacanya akan memberi banyak
manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan
mengelakkannya daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak
kita menjadi dungu dan dangkal.
rahmanhatim9
hakaluka
No comments:
Post a Comment